[VIDEO] “Kacak, Merdu Pula Suaranya,”- Terry Bird, Lelaki Jepun Nyanyi Lagu Melayu. Bikin Ramai Gadis Cair!

Share

Seorang Instafamous dari Jepun, Takaaki Torihira tiba-tiba menjadi perhatian lalu viral di negara ini atas kebolehannya menyanyi lagu-lagu berbahasa Melayu dengan fasih.

Malah, video nyanyiannya juga sudah pun kerap dikongsi netizen menerusi media sosial.

Antara lagu yang pernah dialunkan lelaki ini seperti Assalamualaikum nyanyian asal Faizal Tahir, Hikayat Ben Ladin (Ben Ladin), Di Matamu (Sufian Suhaimi), Kisah Antara Kita (One Avenue Band) dan banyak lagi.

Difahamkan, Takaaki Korihira baru berusia 24 tahun dan menggunakan akaun Instagram Terry Bird. Setakat ini, bilangan pengikutnya sudah pun mencecah lebih kini memiliki lebih 5,000 orang.

Pada masa sama, dia juga berkebolehan bermain gitar sambil bernyanyi.

Berbakat sungguh Terry menyanyikan lagu Melayu. Semoga terus suskses di masa akan datang ya!

Video : Instagram Terry Bird

Published by
Amynur Akmal