Pelakon dan usahawan, Zarina Anjoulie membidas semula kenyataan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid yang melabelnya sebagai individu yang perlukan bantuan kesihatan.
Menurut Zarina, Aazief tidak sepatutnya mencampuri urusannya apatah lagi menyifatkannya dia mempunyai masalah sedemikian.
Menerusi video yang dimuat naik di IG Story pelakon wanita itu, ia dikongsikan kembali oleh seorang pengguna Twitter.
“Anak Datuk K which is the most least interesting looking one in the family, Aazief Khalid ni. But I have respect for your mom Auntie Zawiyah dengan Adib Khalid, I’m gonna be nice to you bro.
“First of all kau tak payah campur nak hina-hina aku cakap mental issue. Sedar sikit kalau bukan pasal bapak kau kau tu kahwin dengan Datuk Siti Nurhaliza, takda anjing kucing pun nak pandang dekat kau dengan your whole family kau tahu tak,” katanya
Menurut Zarina lagi, kalau bukan kerana bapanya yang berkahwin dengan penyanyi tersohor itu, tiada siapa pun yang akan memandang kepada keluarga tersebut.
“You only relevant because of your step mom okay. If it’s not because of your step mom, takda siapa pandang kau bro.
“Kau pun takkan dapat girlfriend cantik bro sedar sikit. Menempek dekat wife bapak kau. Itu je korang semua tak relevant tak produktif.
“Menghabiskan duit bapak kau je sedar diri. Tak payah nak kecam-kecam orang sini-sana,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap kenyataan Zarina itu.
Sumber: Twitter Dyzull