Tak dapat dinafikan, netizen suka melihat pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kerana sikap mereka yang romantik dan bersahaja.
Pada masa sama, kasih sayang antara mereka serta anak-anak juga begitu erat.
Sifat Aeril yang suka mengusik isteri dan anak-anaknya juga turut membuat netizen terhibur.
Misalnya, MH tertarik dengan sebuah video yang dikongsikan oleh Wawa menerusi akaun Instagramnya, video tersebut merakamkan aksi lasak anak perempuan, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa terhadap bapanya.
Apa yang membuatkan MH tertarik adalah, Aeril dilihat tidak langsung memarahi anaknya malah membiarkan sahaja anaknya berkelakuan lasak dengan memanjat badannya.
Di ruangan kapsyen Wawa pula, dia menyatakan bahawa Aeril tidak akan pernah memarahi anak-anaknya setiap kali mereka berkelakuan lasak walaupun ketika dia sedang tidur.
“Cara ayah & mak lain didik anak2 .. kalau aeril anak dia pijak ke tendang ke langsung tak marah even time tido pun .. kalau i da jadi harimau jadian da?? tapiii kenapa anak2 suka mak lebih dari ayah?,” tulis Wawa.
Sifat Aeril itu benar-benar mencuri perhatian netizen dan mereka memuji pelakon itu selain merupakan Aeril seorang bapa penyayang.
afiqshakir267: Sbb ayh penyayang
lunaxserenity: Awwww ayah mithaliiiii
zettysafrinashope: Sabarnyaa ayah.. ?. Mamang anak2 ni mcm ni laa mak jerit2 pon dekat juga dia?
Bertuah sungguh Wawa dapat suami yang sangat penyayang dan penyabar. MH doakan agar rumah tangga pasangan pelakon ini berkekalan dan sentiasa diiringi dengan kebahagiaan.
Sumber: Instagram Wawa Zainal