
Baru-baru ini, model dan pelakon Janna Nick ada memuat naik sebuah video yang memaparkan dia meluahkan rasa kesalnya kepada mereka yang bergelar lelaki kerana tidak berjaya memujuk dan ‘mencairkan’ hati perempuan.
Lantas, perkara itu telah mendapat perhatian ramai termasuk Instafamous, Noreen dengan nada seakan-akan ‘berperang’.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2018/12/48843475_369532113894893_4531622428489709507_n.mp4?_=7Tidak hanya berdiam diri, Janna juga telah bersuara dan memberikan respon kepada Instafamous
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2018/12/48570797_2317367018495290_8684001020167747202_n.mp4?_=8Lantas, Noreen membalas semula kenyataan Janna itu.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2018/12/48590760_338453810311609_8167411546811062323_n.mp4?_=9Terdahulu, video yang dimuat naik Janna telah mendapat hampir setengah juta tontonan.
View this post on InstagramTAG BOYFRIEND YANG TAK RETI PUJUK! Ni pesanan Riana untuk Arjuna #JNGRUMPYGIRLFRIEND
A post shared by Janna Nick (@jannanick) on
Aduhai, macam-macam gaya gurau selebriti sekarang ni. Apa pun, gurau kan tanda sayang.
Video : Instagram Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Sebelum Kahwin Selalu Holiday Sorang, Sekarang…,”- Ahya & Isteri Sakan Bercuti, Bestnya!

Model dan pelakon, Ahya Rosli Ulumuddin ada berkongsi beberapa keping gambar percutiannya bersama isteri tercinta, Shahirah Sanusi.
Pasangan sama cantik sama padan ini mengisi masa bersama di lokasi berpulau di Thailand.
Pada masa sama, Ahya mengakui jika sebelum ini (zaman bujang) dia bercuti sendirian, tetapi selepas bergelar suami, dia kini gembira kerana kerana dapat menghabiskan masa bersama isteri tersayang.
“Sebelum kahwin selalu holiday sorang. Tapi sekarang dah ada teman. Bleh swim sama2.
“Mkn sedap sama2. Pasni nak gi sambung jakarta,” tulis Ahya ringkas di ruangan kapsyen.
View this post on InstagramYou make me feel like i am home again #love #beautifulbride
A post shared by ahya rosli 🏆 (@ahyarosl) on
View this post on InstagramLama pulak rasa nak buka puasa padahal lagi 40 minit je. Korang buka puasa makan apa ? 💙
A post shared by ahya rosli 🏆 (@ahyarosl) on
View this post on InstagramDisini ada aku yang cinta padamu ecehhhh 👑💍
A post shared by ahya rosli 🏆 (@ahyarosl) on
Terdahulu, Ahya, 32 yang juga anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri mendirikan rumah tangga dengan wanita berusia 27 tahun itu pada akhir Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian.
Ahya turut memberikan wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada Shahirah.
Apa pun, seronok betul bila tengok pasangan bahagia cuti-cuti. Moga ikatan yang dibina kekal selamanya…
Foto : IG Ahya Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ali XPDC Melecur Disambar Api Mac Lalu, Kongsi Perkembangan Terkininya

Ali yang cukup sinonim namanya sebagai vokalis kumpulan XPDC yang berdepan insiden disambar api baru-baru ini ketika sedang membakar sampah di belakang rumahnya di Klang, Selangor ada berkongsi perkembangan terkini dirinya.
Menerusi satu hantaran di Facebook milik Ali atau nama sebenarnya, Mohd Ali Ismail, dia yang kini lebih fokus kepada aktiviti keagamaan itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, termasuk penyanyi Datuk Awie dan rakan-rakan yang sempat menziarahi.
“Alhamdulillah syukur. Jazakallah khairo kasiro.kepada sahabat2 sayap2 wings dan group wings motor society dan semua yg hadir semalam.
“Terima kasih dàto Awie dan kumpulan wings. Moga Allah swt berkhati dan rahmati kalian semua. Inilah satu jalinan ukhwan dan silaturahim sesama umat.
“Moga kekal hingga ke akhir hayat dan moga Allah swt pertemukan kita semua nanti di syurga Allah.. aamin ya rob.. alhamdulillah syukur,” tulisnya di selangi dengan beberapa tanda palang.
Menerusi beberapa foto yang dikongsikan, dapat dilihat keadannya kian beransur pulih.
Bagaimanapun, bintang legenda berusia 52 tahun ini masih perlukan rawatan susulan.
Ini kerana, difahamkan dia masih sakit selain tidak boleh berdiri lama kesan ketegangan tisu-tisu kulit yang terbakar.
Lalu, kenalan kini giat mengumpul dana bagi membantu kos rawatan lanjutan buat Ali, mendoakan agar bintang ini dapat sembuh seperti sebelum ini.
Para peminat turut berharap agar segala urusan Ali dipermudah selain menitip doa buatnya agar segera sembuh.
Terdahulu menerusi Harian Metro, Ali menjelaskan dia terpaksa dikejarkan ke klinik tapi disaran ke hospital kerana kecederaan yang dialami dalam kejadian pada 26 Mac lalu.
“Api cepat menyambar tangan dan muka saya. Letupan kuat ketika itu turut mengejutkan isteri dan anak-anak,” katanya seperti yang dipetik.
Menerusi laporan tersebut, Ali difahamkan sedang membakar sampah di belakang rumahnya sebelum api menyambar bahagian muka dan tangan apabila dia menggunakan petrol.
Sementara itu, insiden yang dialaminya turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang hadir menyerahkan bantuan bagi meringankan beban, selain beberapa pihak lain.
Foto: Facebook Mohd Ali Ismail, Ali Russia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Faezah Elai Perjelas Sebab Kapsyen Di IG Dikata Kasar, Tiada Sopan Santun

Pelakon Faezah Elai ada meluahkan perasaan dan pendapat kepada netizen yang selalu memberikan kecaman dan komen yang berbaur negatif terhadap dirinya.
Kongsi ibu kepada dua orang cahaya mata itu, netizen selalu salah faham dengan kapsyen yang ditulis kerana merasakan terlalu kasar dan tidak bersopan santun.
Jelas pelakon yang berusia 36 tahun itu lagi, cara penulisan kapsyen di Instagram miliknya hanya bersifat terbuka.
Malah, isteri kepada pengarah Heykal Hanafiah ini tak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.
“Each of my captions in social media is genaral.. I wont update my social media when i am mad.. hakak ni org utara.. mostly mmg tulis bahasa utara,so bahasa utara ni mungkin agak kasar bg org yg tk paham,
“jika yg membaca itu dlm nada yg marah,marah lah bunyi nya,klu baca dlm sarcastic maka sarcastic lah bunyi nya.. why some people making a big deal out of it?
“My caption tkde pon judge sapa2,I’m talking about the issue org2 kita skrg supaya tk perlu judge org lain.
“Jauh sekali nk berdakwah,sbb ilmu lagi kecik dari zarah.. Hakak berckp ttg hormat, hormat pada kehidupan org lain.. Kita sesama melayu/islam should back up each other.. But if don’t understand my language then don’t bother,teruih lah judge sapa2 hg nk,dosa sendiri tanggung,” jelasnya.
Pada masa sama, Faezah turut menjelaskan kalau ada yang tidak faham, boleh ubahnya kepada aplikasi alih bahasa.
“I’m penangites and will continue writing my utara language,klu rasa kasaq,kat bwh tu ada ‘see translation’ tekan menatang tu,dia keluaq omputih.
“Senang hati pon tk sakit.. P/S : sambil flip skirt (nk flip tudung tk boleh satgi nampak part2 harem) .”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
Faezah diijabkabulkan dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya seramai tiga orang iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Sementara hasil perkahwinan dengan Heykal, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
Foto : Instagram Faezah Elai
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI