Dua entri yang dimuat naik pelakon dan pengacara, Wans Ahmad menerusi Instagram miliknya awal malam tadi mencuri perhatian netizen dek gelagat dari keratan video yang dikongsi.
Bintang muda itu merakamkan dirinya yang sedang menghantar ibunya ke surau dan sebuah posting lain memperlihatkan dirinya turut bertemu bekas guru al-qurannya yang dipanggil Mok Ngok sebelum berangkat ke Kuala Lumpur bagi mencari rezeki.
“Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, hantar mami ke surau duluan dong. Doalam mami ane sihat solmo di dunia & ke syurga bahagia nanti. Amin,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by وان نور سالام وان احمد (@wanns.ahmad_official) on
Sambil menyatakan rasa kasih atas pengorbanan si ibu, ruangan kapsyen pengacara Aroma Tradisi ini turut dihujani dengan pelbagai komen peminat dan rakan terdekat.
Foto: Instagram Wanns Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apapun Kekasaran Ibu Lakukan, Syurga Tetap Pada Dia,”- Ajai Enggan Masuk Campur Hal Babitkan Nourul & Ayu
Komposer terkenal, Ajai enggan mencampuri isu di antara bekas isterinya yang juga penyanyi, Nourul Depp bersama anak sulung hasil perkahwinan mereka sebelum ini iaitu Ayu Nazirah.
Menurut Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, dia menyifatkan perkara tersebut sebagai lumrah dalam perhubungan diantara ibu dan anak.
“Pada saya, perselisihan faham diantara ibu dan anak itu normal. Ia merupakan perkara peribadi melibatkan mereka. Saya selalu nasihatkan kepada Ayu, apa-apapun yang berlaku, itu merupakan ibu dia.
“Saya sentiasa menyokong apa sahaja yang Ayu ingin lakukan. Pada saya, Ayu sudah dewasa dan dia boleh berfikir sendiri tentang masa hadapan dia.
“Saya tiada masalah bila ada yang kata Ayu derhaka. Itu hanya tanggapan ibu kepada anak. Ia merupakan perkara biasa bila ibu bapa bergaduh dengan anak. Ada juga hari Ayu bergaduh dengan saya.
“Yang penting kita fikir yang terbaik untuk anak-anak. Saya tak salahkan Ayu dan juga ibunya,” katanya kepada MH.
Ajai berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media konsert Exists X Orchestra yang berlangsung di Tamu Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.
Jelas Ajai lagi, sebagai seorang bapa, dia akan sentiasa menasihati anaknya dalam setiap perkara yang ingin mereka dilakukan dalam hidup.
“Bila Ayu bergaduh dengan saya, dia pergi pada ibu dia. Begitu juga sebaliknya. Budak-budak begitulah. Ia hanya merupakan luahan sorang ibu.
“Mungkin Ayu ada bercakap sesuatu yang mengusik hati dia.
“Bila Ayu bergaduh dengan ibunya, saya juga yang kena pujuk hati dia. Itu anak kita dan saya tak mahu dia buat perkara yang bukan-bukan,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Keliru ini tetap mahu anaknya itu metelakkan rasa hormat yang tinggi terhadap ibunya.
“Saya tidak akan masuk campur. Ayu tetap kena hormati ibu dia. Buruk atau baik, itu adalah ibu kamu.
“Macam mana pun kekasaran yang ibu kamu lakukan, syurga tetap pada dia. Kamu tetap juga kena minta maaf,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Ajai tetap percaya yang perselisihan faham ini tidak akan berlarutan terlalu lama.
“Saya rasa perkara ini akan berlaku sekejap sahaja. InsyaAllah bila masing-masing sudah sejuk hati, semuanya akan okay. Kita doakan yang terbaik.
“Seorang ibu yang merajuk, dia ada hak untuk bercakap mengenai anaknya,” akhirinya.
Baru-baru ini, menerusi beberapa hantaran di laman Instagram, Nourul seakan berkecil hati terhadap Ayu kerana berasa seperti dipinggirkan.
Malah, Nourul turut membangkitkan isu ‘ibu lain’ sekali gus menimbulkan pelbagai persepsi daripada netizen.
Terdahulu, Ajai pernah mendirikan rumah tangga dengan Ajai pada 1996 sebelum bercerai pada 2006.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.
Pada 2012, Nourul berkahwin kali kedua dengan suaminya, Eric Daniel Depp yang berasal dari Perancis.
Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Zachary, Raphael, dan Isabella.
Kini, Nourul dan keluarganya sudah berpindah ke Bali, Indonesia dan menetap di negara jiran itu sejak September tahun lalu.
Manakala, Ajai pula kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Norliza Ilias pada 2009 dan dikurniakan seorang cahaga mata perempuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dikatakan Sebagai Sesat Dalam Satu Khutbah Jumaat,” – 26 Tahun Bersiaran, Fedtri Yahya Dedahkan Jejak Rasul Pernah Dikritik Siapa?
Umum mengetahui, program dokumentari, Jejak Rasul merupakan antara rancangan televison popular yang sering dinanti-nantikan penonton setiap kali menjelangnya Ramadhan.
Selain menyingkap sejarah para nabi, program ini turut membawa penonton melihat perkembangan serta susur galur Islam dari dulu hingga kini.
Bagaimanapun, bagi hosnya, Fedtri Yahya mendedahkan program tersebut pernah juga menerima kritikan daripada segelintir ‘golongan agamawan’ meskipun sudah 26 tahun bersiaran.
Menurut Fetri lagi, program yang mengetengahkan tempat-tempat bersejarah Islam itu turut pernah dilabel ‘sesat’ dalam satu khutbah Jumaat.
Tahukah anda, program Jejak Rasul sejak diperkenalkan 26 tahun lalu, sering dikritik oleh segelintir golongan “agamawan”. Dikatakan sebagai sesat dlm satu khutbah Jumaat😂 Sekarang pun ada. Masalahnya, depa tak tengok pun. Main tgk tajuk atau dgr2 mcm tu je 🤡
— Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) May 12, 2020
“Tahukah anda, program Jejak Rasul sejak diperkenalkan 26 tahun lalu, sering dikritik oleh segelintir golongan “agamawan”.
“Dikatakan sebagai sesat dlm satu khutbah Jumaat.
“Sekarang pun ada,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fedtri menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya.
Tambah Fedtri lagi, kebanyakan pengkritik hanya menilai menerusi tajuk dan tanpa menonton episod penuh.
“Masalahnya, depa tak tengok pun.
“Main tengok-tengok tajuk atau dengar-dengar macam tu je,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat program Jejak Rasul mempunyai keistimewaannya tersendiri yang menyebabkan mereka mampu bertahan sehingga kini.
Program Jejak Rasul bersiaran tiga kali seminggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 6.30 sehingga 7.00 petang di TV3.
Sumber: Twitter Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nur Amirah Filzah Isteriku…,” – Mahu Sama-Sama Mencari Syurga, Buat Pertama Kali Emir Astar Kongsi Foto Permaisuri Hati Di IG
Suami kepada pelakon dan hos terkenal Mira Filzah, Wan Emir Astar buat pertama kali memuat naik foto wanita paling dicintainya itu di media sosial.
Menerusi Instagram, perkongsian foto mereka berdua nyata menarik perhatian, sementelah lelaki berusia 30 tahun itu turut menitipkan ucapan penuh makna buat permaisuri hatinya.
“Nur Amirah Filzah, isteriku kekasihku takdir ketentuan Illahi, ..with your hands in mine, bersama kita mencari, arah mana ke Syurga. Bismillahirahmanirrahim…,” tulis Emir.
Lalu, perkongsian yang dibuat pada Jumaat itu kini meraih lebih 200,000 tanda suka bersama ribuan komen peminat yang mendoakan kesejahteraan mereka dalam meniti hari bahagia.
Terdahulu, pasangan raja sehari ini telah pun melangsungkan majlis resepsi di Hotel Le Meridien, Putrajaya malam tadi sebelum sah bergelar isteri dengan sekali lafaz, dalam satu majlis akad nikah di Damansara, pada Khamis.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI