
Baru baru ini, pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Melucukan apabila rakaman video tersebut memaparkan salah seorang anaknya, turut sama membuat IG review.
“Kita baru nak buat review ig…dia pulak mulakan dulu Bagi wanita wanita nak pencuci miss V lain daripada lain..”
“tidak berbuih ye Sangat bagus pada yg ada gatal gatal..dan sekaligus mengetatkan Nak jadi ejen di tempat kamu pun boleh seluruh dunia”tulisnya.
https://www.instagram.com/shieraijoy/p/Bv3QUx4gDaQ/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=vgkuygslxwe7
Lantas, perkongsian penyampai radio yang berusia 44 tahun itu telah menjadi perhatian peminat.
Rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat dua beranak ini.
Video: Instagram Shiera Ijoy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Belum Cecah Usia 3 Bulan, Tauke Jambu & Isteri Saling Muat Naik Status Di IG Seolah-Olah…

Awal hari ini, pelawak terkenal Tauke Jambut ada memuat naik beberapa status menerusi Insta Storiesnya.
Status tersebut antara lain mengandungi artikel mengenai dosa isteri kepada suami dengan kapsyen ‘swipe untuk paham’.
Lalu menerusi Insta Stories seterusnya, Tauke ada bertanya mengenai apakah tindakan yang perlu dilakukan andai isteri ada melakukan perkara seperti yang dilampirkan.
“Kalau kesemua 7 perkara tadi kepada isteri kita buat…Apa tindakan ya?,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi Insta Stories milik isterinya, Nadia Mohd Affandi pula, wanita berkenaan ada memuat naik foto anak perempuan mereka yang dilahirkan pada 26 Oktober lalu.
“She’s too small But i’ll care my baby for rest of my life mommy pomis sayang,” tulis Nadia selain satu lagi posting yang turut menimbulkan tanda tanya.
Status yang dimuat naik mereka seperti memberi bayangan kepada sesuatu memandangkan ia ada hubung kait dengan soal rumah tangga.
Apa pun, kita harapkan ia bukanlah seperti yang disangka sesetengah pihak.
Foto : Instagram Tauke & Nadia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah Maha Pengatur, Pada Tarikh Yang Sama,” – Datin Niena Baharun Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Pelakon, Datin Niena Baharun memaklumkan telah selamat melahirkan anak keduanya pada Sabtu di Prince Court Hospital, Kuala Lumpur.
Kongsi Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun turut meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.
“Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur. Pada tarikh yang sama, tempat yang sama & Dr. yang sama Dr. @_s__e__r__i_ 🤍 .
‘Our little girl is born, 24.10.2020’
“Thank you for the duas & wishes from all of you,
https://www.instagram.com/p/CGvnbbflRPP/?igshid=1p6mkqju4xu39
Untuk rekod, Niena telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Adiel Mikail yang kini berusia 2 tahun.
Foto: Instagram Niena Baharun
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Yang Saya Alami Hanya Kecil Sahaja,” – Banyak Belajar Dari Anak-Anak Autisme, Awi Rafael Sudah Sedia Berumah Tangga

Penyanyi dan komposer, Awi Rafael menyifatkan dirinya ketika ini sudah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan seandainya dia ditakdirkan untuk bertemu jodoh dalam masa yang terdekat.
Bagaimanapun, Awi menjelaskan buat masa ini, dia hanya memberikan sepenuh fokusnya terhadap kerjaya bersama syarikat rakaman dan juga kerja-kerja amalnya bersama anak-anak autisme.
Malah, Awi turut berharap agar orang-orang di luar sana dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Jalan kehidupan saya sama juga seperti orang lain. Setiap orang ada pengalaman mereka masing-masing. Allah dah takdirkan kisah saya.
“Yang paling penting saya percaya dengan perancangan Allah dan sekiranya selepas ini ditakdirkan saya bertemu jodoh, saya akan buat yang terbaik.
“Cuma setakat ini, saya memang fokus pada Newsantara dan platform muzik bagi anak-anak autisme khususnya.
“Anda yang di luar sana tolong doakan saya semoga saya dapat bertemu dengan seorang wanita yang dapat menerima saya seperti di dalam lagu yang saya cipta ini,” katanya kepada MH.
Bintang asal Singapura itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran lagu terbarunya yang berjudul Jangan Lupakan Aku hasil kolaborasi bersama pelakon, Julia Farhana Marin baru-baru ini.
Dalam pada itu, Awi turut menafikan faktor umur menjadi sebab utama mengapa dia memilih untuk mempercepatkan proses berkahwin andai dia bertemu jodoh selepas ini.
“Ini bukan soal umur kalau ikutkan saya, sewaktu saya berumur 21 tahun pun saya nak terus kahwin dan tak perlu nak jalani proses bertunang ni.
“Tapi ada kalanya kita harus mengikut kehendak orang lain. Bagaimanapun, ketika ini saya amat yakin dengan usia saya yang dah pun mencecah 34 tahun.
“Keadaan pun dah semakin stabil dan saya rasa sekarang merupakan masa yang terbaik.
“Saya berharap yang saya dapat berjumpa dengan satu jiwa yang sama-sama dapat mengubah kehidupan orang lain dan kehidupan kami sendiri,” katanya lagi.
Ujar Awi lagi, sepanjang bekerjasama bersama anak-anak autisme, dia telah mempelajari banyak perkara sehingga dia merasakan apa yang dilaluinya ketika ini amat kecil jika ingin dibanding dengan mereka.
“Sepanjang saya bekerjasama dengan anak-anak autisme ini, mereka mengajar saya sesuatu.
“Apa yang kita lalui dan apa yang saya alami hanya kecil sahaja berbanding dengan seorang anak yang ada apraxia of speech. Mereka tak autism tapi tak boleh berbual.
“Apa yang mereka lalui lagi penting daripada apa yang saya alami,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Awi ketika ini sedang menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi National Autism Resource Centre (NARC) milik universiti itu bagi membantu menghasilkan sukatan pelajaran untuk mengajar anak-anak autism.
Sebelum ini, Awi atau nama lengkapnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael pernah mengikat tali pertunangan bersama pelakon, Atikah Suhaime pada tanggal 17 Mac 2018.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan tersebut atas sebab-sebab tertentu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI