Categories: Uncategorized

[VIDEO] “Kenapalah Cikgu Aku Tak Macam Ni Dulu,”- Dianggap ‘Sporting’, Teknik Cikgu Matematik Mulai Viral!

Share

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai video seorang guru mengajar anak muridnya mata pelajaran matematik di sebuah pusat tusyen.

Gaya guru tersebut bukan sahaja menarik perhatian anak murid malah, netizen juga merasakan teknik guru tersebut telah berjaya mengubah persepi orang ramai mengenai matematik yang dahulunya dianggap membosankan.

Maka, tidak hairanlah mengapa anak-anak muridnya setiasa kekal fokus sepanjang sesi pembelajaran tersebut berlansung.

Cikgu yang dianggap ‘sporting’ itu dikenali sebagai Uzairi Taib atau lebih mesra dipanggil Sir Uzairi dikalangan anak muridnya.

Pelbagai teknik menarik telah diguna pakai guru ini untuk menimbulkan suasana yang menyeronokkan sepanjang kelas berlansung.

Selain berkerja sebagai guru sambilan, Sir Uzairi turut dikenali sebagai pakar motivasi yang sering diundang dikebanyakkan sekolah.

Dia juga telah menghasil pelbagai siri modul latihan untuk memudahkan anak muridnya mendalami ilmu matematik.

Di ruangan komen, rata-rata berpendapat teknik yang digunakan cikgu ini amat berkesan dan patut dicontohi oleh guru-guru lain di sekolah.

Foto: Instagram

Published by
Aizam Manaf