Nampaknya isu hadiah Zizan untuk anak Shaheizy Sam menjadi perbualan hangat netizen. Seperti yang kita tahu baru-baru ini Sam dan Zizan telah dijemput ke program MeleTOP untuk mempromosikan Filem Televisyen (FTV) Baby Bro yang telah ditayangkan di Astro First Eksklusif baru-baru ini.
Di hujung segmen mereka, Zizan dengan gembiranya ingin menyampaikan hadiah istimewa buat anak lelaki Sam iaitu sepasang kasut yang dibeli di luar negara.
Namun dengan cara bergurau, Sam berterima kasih dan memberitahu dia sendiri sudah miliki kasut itu lalu dengan spontan terus mencampaknya ke lantai.
Dalam keadaan Zizan tergamam dan terkejut, Nabil segera mengutip kasut tersebut dan memegangnya.
Rata-rata mengecam tindakan pelakon tersebut dan menyifatkan itu sebagai satu gurauan kasar dan nampak tidak bagus untuk dilihat.
Bagaimanapun ramai juga memahami Sam hanya bergurau kerana selepas kejadian itu, Sam segera memeluk Zizan sebagai tanda hanya bergurau. Namun ramai tidak boleh menerima bagaimana Syatilla memberi respond terhadap pemberian Zizan.
Jika dilihat semula video tersebut sewaktu Zizan menunjukan kasut pemberiannya, Syatilla telah mengeluarkan kenyataan kononnya dia sudah miliki kasut sebegitu.
Bagi netizen cara respond dan bahasa Syatilla agak keterlaluan dan Syatilla sepatutnya cuba menjaga hati Zizan yang berusaha untuk hadiahkan anaknya sepasang kasut.
Bagi MH netizen jangan terlalu sensitif isu ini, mungkin ini adalah cara Sam dan Zizan berguarau kerana mengikut pemerhatian kami, selepas program tersebut tamat Sam dan Zizan cool dan langsung tidak berkecil hati sesama sendiri. Malah Sam turut mengucapkan terima kasih sekali lagi dan sempat mengusik Zizan.