Kerana terlalu leka dengan telefon hingga tidak hirau panggilan suaminya, seorang Instafamous, Sheilanan telah ditolak suami ke dalam kolam.
Kisahnya bermula apabila si suami yang dikenali sebagai, Aidil memanggil Sheila beberapa kali,namun tidak diendahkannnya.
Lantaran itu, Aidil meluru seterusnya menolak Sheila ke dalam kolam secara spontan, menyebabkan ada beberapa rakan yang melihat turut terkejut.
“Sampai aku nagis..Kurang asam punya suami.. tunggu giliran dia.. kalau korg dpt suami mcm ni apa korg buat?,” tulisnya.
Video tersebut turut dirakam Aidil.
“Sayang”, tegur Aidil.
“Kejap lah nak ambil gambar ni,” balas Sheila.
Gelagat pasangan suami isteri itu turut mendapat mendapat perhatian netizen,lalu meninggalkan komen yang pelbagai.
Sheila yang juga merupakan pengasas kosmetik dan produk kecantikan kini memiliki lebih 300,000 pengikut di Instagram.
Video/Foto : IG Sheilanan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak-Anak Mula Rindu Sekolah, Fasha Sandha Doa Covid-19 Cepat Pergi
Pelakon Fasha Sandha berkongsi gelagat anak bongsunya, Putri Raysha Jemaima yang mengadu kepada gurunya sewaktu pengajian secara talian dilakukan.
Jelas Raysha, dia tidak sukakan pelajaran secara online dan ingin ke sekolah.
Malah Fasha sendiri mengakui sukar untuk anaknya memberikan fokus apabila hanya belajar di depan komputer.
“Ini yang berlaku almost everyday from Monday to Friday. Susah nak focus dengan online classes dia, ibu kena teman all the time.
“Nasib baik cikgu2 depa semua penyabar, kalau ibu ajar maka jadi singa lapar. Anak ibu masih kecil baru 5tahun+.
“Takpe ibu temankan selagi mampu ya sayang. Rayfal dah boleh fokus Alhamdulillah.
“Cepatlah #covid19 pergi… anak2 pun dah rindukan sekolah… kalau ibu pun tak berapa gemar online studies, inikan pula anak2 kan? #iburayfalraysha,” kongsi Fasha.
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Lalu, netizen turut memberikan reaksi dan ada yang mengakui perkara sama berlaku dengan anak-anak mereka.
Foto : Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pertama Kali Jadi Hero, Saya Takkan Tolak,” – Aniq Suhair Tak Tertekan Dilabel Pelakon Pengganti, Rezeki Tertulis
Pelakon baharu, Aniq Suhair akui teruja apabila diberikan peluang buat pertama kali untuk menggalas tanggungjawab selaku tunjang utama bagi drama terbaru yang berjudul, Sekali Lagi Cinta Kembali.
Menurut Aniq, ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan lebih-lebih lagi apabila dirinya bakal muncul di slot drama popular tanah air.
“Sejujurnya saya sangat gembira apabila ditawarkan untuk membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali kerana ini merupakan kali pertama saya mendapat watak hero. Di slot Akasia pula tu.
“Ini peluang yang saya tidak akan saya tolak. Bila saya tengok jalan cerita, pengarah dan pelakon pun hebat-habat belaka. Saya memang tak cakap banyak. Terus je sign kontrak untuk berlakon di dalam drama ini,” katanya kepada MH.
Seperti diketahui umum, sebelum memulakan penggambaran, drama terbitan A. Aida Production Sdn Bhd ini pernah mencetuskan kontroversi apabila pelakon hero dan heroin asal telah menarik diri pada saat-saat akhir.
Bagaimanapun, status sebagai pelakon pengganti sedikit pun tidak melunturkan semangat bintang kelahiran Hero Remaja 2020 ini.
“Walaupun saya merupakan pelakon pengganti yang membawakan watak hero tapi saya tak tertekan sebaliknya saya teruja bila ditawarkan peluang seperti ini.
“Bila orang asyik kata saya ini hanyalah pelakon pengganti, saya memandangnya daripada sudut positif. Memang rezeki dah tertulis untuk saya berlakon di dalam drama ini.
“Saya tak endahkan mulut-mulut negatif yang bercakap mengenai saya. Saya dan heroin, Siti Khadijah juga telah membuktikan mereka ini salah. Kami bukan hanya sekadar pelakon pengganti.
“Buktinya, baru seminggu drama ini ditayangkan, kami tak sangka akan mendapat sambutan yang luar biasa. Di sosial media pun, drama kami trending hampir setiap hari. Itu adalah petanda baik buat kami. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Aniq berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media pengenalan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang diadakan secara virtual pada Selasa.
Langsung ditanya adakah dia berharap drama ini bakal mencetuskan fenomena yang sama seperti drama Melur Untuk Firdaus, Aniq memberitahu, dia lebih selesa untuk tidak meletakkan ekspektasi yang terlalu tinggi.
“Kalau kami terlalu berharap agar drama ini dapat meletop atau mencipta fenomena, kami juga yang kecewa kalau ia tidak kesampaian.
“Jadi ekspektasi kami biasa-biasa sahaja. Kalau drama ini dapat rating yang baik, kami bersyukur. Setakat ini, kami mendapat respon yang memberangsangkan.
“Saya pun tak mahu nak bandingkan drama ini dengan drama-drama lain. Kalau drama lain dapat sambutan sampai ke luar negara, itu rezeki mereka. Apapun yang terjadi, saya tetap reda,” akhirinya.
Aniq bakal bergandingan bersama seorang lagi pelakon yang sedang meningkat naik, Siti Khadijah.
Sekali Lagi Cinta Kembali bersiaran di slot Akasia, TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat,” – Syamsul Yusof
Sekian lama berdiam diri, akhirnya pengarah dan pelakon Syamsul Yusof tampil memberi penjelasan berhubung kemelut rumah tangganya yang hangat diperkatakan ketika ini.
Menerusi laman Instagram miliknya, Syamsul, 39, memuat naik sebuah video mengatakan dia akan memberikan titik noktah terhadap permasalahan yang melibatkan kehidupan peribadinya dalam masa terdekat ini.
“Insya-Allah, saya akan beri titik noktah kepada semua permasalahan ini.
“Sudah tiba masanya saya bersuara mengenai perkara ini (kemelut rumah tangga). Saya pun dah penat dan saya juga percaya netizen pun letih.
“Cuma bezanya nanti, penjelasan saya itu tidak sama dengan apa yang dilakukan isteri saya, Puteri Sarah. Saya tidak mahu membuka pekung atau aib sesiapa.
“Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan leraikan satu persatu kepada umum supaya semua persoalan ini ternoktah,” katanya.
Dilahirkan dalam keluarga seni, Syamsul akui kehidupan peribadinya tidak dapat lari daripada menjadi tatapan umum.
Susulan itu, dia akan tampil menjelaskan segala-galanya berhubung masalah ‘dalam kain’ selepas ini walaupun mengakui ia adalah satau perkara yang tidak manis untuk dikongsikan kepada khalayak ramai.
“Hal perkahwinan adalah perkara sangat peribadi. Hal dalam kain, tidak manis untuk dikongsi kepada khalayak ramai.
“Namun, selepas setengah tahun hal rumah tangga kami dikongsi Puteri Sarah dalam media sosial, media cetak dan elektronik, jadi saya rasa sudah sampai masa untuk menjelaskan segala-galanya,” katanya lagi.
Pergolakan rumah tangga Syamsul dan Sarah didakwa disebabkan kehadiran orang ketiga dipercayai Ira Kazar yang merupakan anak pelakon senior, Kazar Saisi.
Terdahulu, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syamsul Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI