Video Lucah: Aiman Tino Beri Reaksi, Tindakan Undang-Undang Bakal Di Ambil Jika Berlarutan!

Share

Akhirnya Aiman Tino membuat kenyataan rasmi berikutan penularan isu video lucah didakwa miripnya yang sedang hangat diperkata sejak beberapa hari lalu. 

Aiman menerusi laman Instagram mengatakan  pihaknya sedang mencari jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera.

Assalamualaikum.

“Berhubung isu yang sedang tular, Aiman dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan.

Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula sehingga menjadikannya berlarutan.

Pada masa yang sama, Aiman memohon maaf 

kepada semua pihak terutama teman media yang telah banyak membantu karier seni dan menzahirkan rasa terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada teman media atas keprihatinan dan sokongan terhadap karier Aiman. 

Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat dan sokongan berterusan anda. Aiman sayang anda semua.

“Terima kasih. Wassalam,

” tulisnya.

Terdahulu, tular sekeping klip video lucah memaparkan seorang lelaki sedang melakukan aksi ghairah yang dikatakan mirip Aiman Tino.

Bagaimanapun, kemaluan lelaki berkenaan ditutup menggunakan grafik. 

Foto – Instagram Aiman Tino

Published by
Noraini Abd Wahab