Baru-baru ini telah tular di laman media sosial Twitter yang memaparkan rakaman video lagu Donde versi parodi.
Menariknya, rakaman video tersebut berlatarkan lagu Donde yang telah diparodikan oleh satu permainan berbentuk ayam.
“Donde versi ayam,”tulis pada kapsyen keratan video berkenaan.
Donde versi ayam? pic.twitter.com/VNE1qBq1aU
— ????????? (@piepa_shm) May 1, 2019
Lantas, rakaman video tersebut telah menjadi perhatian netizen, sekaligus mencetuskan sensasi di kalangan netizen.
Rata-rata daripada mereka berasa terhibur dan kelakar apabila menonton rakaman video tersebut.
Memang kelakar habis bila tengok video lagu Donde versi parodi ayam ni.
Malah sehingga kini, muzik video single bekenaan sudah pun mencecah hampir 5 juta tontonan.
Video : Twitter Piepa_shm
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“3.00 Pagi Isteri Mengadu Sakit Perut, 4.00 Pagi Di Hospital. Jam 5.00 Pagi Isteri Selamat Melahirkan…,” – PU Amin Timang Anak Ketiga
Penceramah yang juga peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin telah selamat menimang cahaya mata ketiga sekitar jam 5.00 pagi tadi.
Menerusi entri di Instagram, Amin berkongsi berita gembira itu kepada pengikutnya beserta gambar bersama bayi yang baru dilahirkan, sejam lalu.
“Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini..
“Pagi tadi saya sampai rumah jam 1 pagi, kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut, jam 4 pagi di Hospital. Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi..
“Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi.. Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami.
“Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan.. Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung.
“Bagi kawan kawan yang dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat anda semua . Percayalah pasti ada. Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
PU Amin dan isterinya mendirikan rumah tangga tahun 2012 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Foto: Instagram PU Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jika Hari Ini Rasa Hendak Berniqab, Saya Akan Pakai. Kalau Esoknya, Rasa Hendak Berpurdah, Itu Hak Saya,” – Neelofa, Keluarga Tak Fokus Kecaman
Lebih sedekad berada dalam dunia seni, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan dirinya sudah kalis kecaman termasuk yang dilemparkan terhadap keluarganya.
Malah, apa sahaja yang melibatkan figura terkenal ini akan mendapat perhatian ramai, termasuk pelbagai reaksi yang diberikan netizen di media sosial.
Mengulas mengenai hal itu, bekas hos program MeleTOP ini menyifatkan reaksi yang diberikan netizen juga tidak memberi kesan terhadap dirinya.
“Kecaman sudah sinonim dengan diri saya. Selama 10 tahun saya berdepan dengan pelbagai tohmahan namun, tidak memberi kesan kepada saya.
“Orang hendak labelkan saya ‘Kardashian’ atau apa sahaja… Ia tidak memberi kesan kepada kami.
“Alhamdulillah, keluarga saya juga tidak fokus terhadap kecaman dan kata-kata orang. Sebagai ‘public figure’, saya banyak menasihati dan memberi pendapat kepada keluarga bagaimana berdepan tohmahan.
“Ternyata mereka sudah dapat menyesuaikan diri dan faham,” katanya yang dipetik menerusi Berita Harian, baru-baru ini.
Pada masa sama, usahawan asal Kelantan ini turut menjelaskan mengenai cara pemakaian niqabnya yang dipersoalkan, misalnya apabila ada yang mendakwa dia sudah berani mendedahkan bahagian dahi dengan memakai tudung jenis bawal.
“Saya akan pakai apa yang saya rasa selesa. Jika hari ini, saya rasa hendak berniqab, saya akan pakai.
“Kalau esoknya, saya rasa hendak berpurdah, itu hak saya. Saya tidak terkesan atau perlu mengikut kehendak netizen.
“Mungkin kerana sudah semakin matang dan lama dalam industri, saya lebih tenang berdepan apa saja tohmahan,” katanya yang turut mengakui, kecaman diterimanya dahulu lebih teruk berbanding sekarang.
“Sekarang, orang hendak kata apa, biarlah… Saya lebih tenang kerana tahu bagaimana hendak menangani emosi dan mental,” katanya lagi.
Sumber, Foto: Berita Harian, Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Sayang, Korbankan Tangan Awak Sekali,” – Isteri Amar Asyraf Selamat Bersalin, Pilih Nama Ammara Fateema
Pelakon, Amar Asyraf menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya, Farhana Yusof telah selamat melahirkan cahaya pertama mereka pada tanggal 25 Mac lalu.
Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Amar menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menerusi hantaran yang sama, pelakon drama Setia Hujung Nyawa ini turut memberitahu, dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan bayi mereka, Ammara Fateema.
“Alhamdulillah Syukur pada Allah S.W.T. Allah maha baik. Untuk pengetahuan rakan-rakan, 25 Mac bersamaan dengan 3 Ramadhan yang lepas, telah lahirnya anak perempuan saya Ammara Fateema binti Amar Asyraf,” tulisnya.
Dalam pada itu, Amar turut memanjatkan doa semoga kehadiran anaknya itu menjadi asbab dia dan isteri diberikan ganjaran syurga.
“Semoga jadi anak yang soleh dan baik. Asbab bapak dan mummy masuk syurga In Shaa Allah.
“Thank you mummy @cik.chempaka . I love you so much lillahitaala,” kongsinya lagi.
Sementara itu, isterinya turut merakamkan ucapan penghargaan buat Amar kerana sentiasa berada di sisinya sepanjang berada di bilik bersalin.
“Nangis tengok gambar ni. Terima kasih sayang sebab teman saya sepanjang dalam bilik bersalin dan korbankan tangan awak sekali.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Amar dan isteri.
“MasyaAllah, Alhamdulilah. Tahniah brother.
“Ya ampun, comelnya! Semoga baby dan mommy sihat-sihat sahaja.
“Tahniah bang. Semoga dipermudahkan segala urusan.
“Semoga anak perempuan ini menjadi wanita yang solehah, taat perintah Allah dan Rasul serta boleh bantu agama Allah.
“Tahniah Amar. Semoga dapat menyerikan lagi kebahagiaan rumah tangga,” antara komen-komen netizen.
Walaupun tidak mendedahkan butiran perkahwinan, pasangan itu didakwa mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.
Amar memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian hasil perkahwinan terdahulunya bersama Arna Salleh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amar Asyraf
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI