Pelakon senior, Zarina Zainuddin ada berkongsi satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, ia memaparkan gelagat anaknya, Azil yang pertama kali mencuba makan buah durian.
“#azilmakandurian Dalam perjalanan balik kami singgah makan durian ..saya mintak udang merag lepas tu azal cakap hei saya tak makan seafood
“Ini durian namanya saja takde udang pun dalam durian ni azal ..First time azil makan durian selalu dia macam nak termuntah jer bau durian ..#autism #autismawareness #azalohazal #azilazal Shawl cantik @as.legacymalaysia,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Di ruangan komen video tersebut, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat Azil atau nama lengkapnya, Muhammad Razil Azrai itu.
Untuk rekod, Zarina memiliki sepasang anak kembar yang menghidap autisme bernama Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.
Video Instagram Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Betapa Berbaloi…,” – Komited & Fokus, Layla Sania Tak Rasa Rugi Korban Masa Remaja Untuk Bergelar Penyanyi
Sebagai seorang penyanyi baru, Layla Sania memberitahu bahawa dirinya cuba untuk terus komited dan fokus terhadap karier seni nyanyian yang diceburinya seawal usia kanak-kanak.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, remaja berusia 19 tahun ini turut memiliki kebolehan menyanyi dan bertutur dalam Bahasa Mandarin dengan baik.
Meski sudah melibatkan diri dalam dunia nyanyian sejak di bangku sekolah lagi, Layla atau nama sebenarnya, Layla Sania Khairuzikri tidak rasa menyesal apabila terpaksa mengorbankan zaman remajanya semata-mata demi karier.
“Tidak ada rasa rugi, tapi kadang-kadang saya ada juga tertanya-tanya dengan diri kenapa kawan-kawan boleh luangkan masa mereka sebagai remaja.
“Tetapi saya pula kena sentiasa duduk depan komputer, buat lagu ‘cover’ dan sebagainya.
“Kawan-kawan saya boleh keluar lepak bersama setiap minggu, tapi saya tak boleh. Namun sekarang saya sedar betapa berbaloi usaha saya selama ni, Alhamdulillah,” katanya.
Dalam pada itu, Layla memberitahu, ibu bapanya juga tidak pernah menghalang dan sentiasa memberi galakan.
“Sebenarnya mak dan ayah tak pernah halang untuk saya capai impian. Macam ayah, saya dia seorang pemuzik, pelukis. Jadi saya membesar dalam keluarga yang sukakan muzik.
“Dari saya kecil lagi memang saya suka menyanyi. Sebenarnya dulu saya punya cita-cita nak jadi cikgu tapi bila menang dalam satu pertandingan nyanyian ni dulu terus saya rasa nak jadi penyanyi,” kata pelajar ini lagi.
Pelbagai kisah menarik lain yang turut dikongsikan oleh Layla Sania.
Foto: Instagram Layla Sania
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dazrin Sebagai Syed Saddiq… “Hilang 19kg, Berat Badan Pernah Mencecah Hingga 89kg”
Gara-gara mahu kembali aktif memeriahkan industri seni dengan lebih aktif dengan imej yang lebih segar, Dazrin Kamarudin mengakui gigih bersenam di gim demi mendapatkan bentuk tubuh ideal.
Menafikan perubahan fizikal tersebut mempunyai kaitan dengan sebarang penggunaan bahan terlarang, bintang berusia 31 tahun ini bagaimanapun mengakui mengambil menu sihat selain giat bersenam.
“Saya tak guna pun bahan terlarang seperti dadah. Saya hanya bersenam dan menjaga pemakanan.
“Kesedaran untuk menurunkan berat badan datang sendiri. Selepas berkahwin, berat badan saya pernah mencecah sehingga 89 kilogram.
“Malah, ia tidaklah berlaku secara drastik. Sebaliknya, proses penurunan berat badan berlaku secara berperingkat.
“Pada masa sama, ada penerbit drama juga memberi tamparan untuk saya menurunkan berat badan.
“Dengan fizikal yang berisi, ia menyukarkan saya untuk mendapatkan tawaran sebagai hero dalam drama bersiri atau telefilem,” katanya yang kini mempunyai berat 70 kilogram.
Terdahulu, Dazrin ditemui di majlis sidang media filem Mahathir: The Journey arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan di Sheraton Petaling Jaya, pada Isnin.
Filem ‘Mahathir, The Journey’ menampilkan kisah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.
Menerusi naskhah tersebut, Dazrin bakal membawakan watak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Lalu, perubahan fizikalnya kini juga turut mempunyai hubung kait dengan projek barunya yang akan memulakan penggambaran bulan hadapan itu.
“Untuk watak tersebut juga sebenarnya saya kena kuruskan badan. Saya diberi amanah untuk pegang watak sebagai YB Syed Saddiq. Seperti yang kita tahu, dia seorang menteri yang aktif dan fit.
“Jadi saya tidak boleh terkebelakang, perlu ada fizikal yang hampir sama seperti YB. Pada masa sama, kita juga beri penekanan kepada imej. Itu yang saya cuba untuk potong rambut dan kuruskan badan.
“Daripada saiz baju L kepada XS” katanya yang dipanggil hadir ke sesi uji bakat pencarian pelakon terlebih dahulu sebelum senarai lengkap para pelakon diumumkan.
“Bukan mudah untuk saya bawakan watak tokoh yang terkenal dan dia sangat popular sekarang dalam kalangan anak muda. Saya akan buat sehabis baik,” impi Dazrin optimis.
‘Mahathir, The Journey’ yang menelan bajet sebanyak RM6 juta turut dibarisi pelakon Azhar Amir yang mendukung watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad, Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah).
Penyanyi hebat, Ning Baizura pula diberi kepercayaan untuk memainkan watak sebagai Datin Paduka Marina Mahathir, Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.
Mahathir: The Journey akan diarahkan oleh pengasas filem yang dikenali, Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dan Chan Wai Cheong, dengan penerbit filem, pelakon dan penyanyi veteran Dr. Lawrence Poh sebagai penerbit eksekutifnya.
Sementata itu, Yusof Kelana pula dipilih sebagai pengarah kreatif dan filem ini dibentangkan oleh Reliance Media Group berdasarkan tetapan faktual, merangkumi perjalanan 16 tahun Tun M, dari masa persaraannya selepas berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Seterusnya, negarawan itu kembali memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri sekali lagi, dari tahun 2018, pada usia 93 tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Tak Sayang Dia Ya…,” – Ini Reaksi Bila Ada Peminat Kata Mira Filzah Kesayangan Semua
Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi ada berkongsi foto ketika pelakon Mira Filzah mengenakan busana pengantin hasil rekaannya.
Menerusi perkongsian berkenaan yang dimuat naik di Instagram, pereka berbakat besar itu antara lain menyifatkan Mira sebagai aktres kesayangan ramai.
“Kesayangan semua @mfmirafilzah dalam persalinan #ricorinaldi Garden Wedding #emiramirah,” tulisnya.
Lantas, perkongsian tersebut telah menjadi perhatian.
Ini kerana, ada di antara netizen yang berpendapat, figura tersebut bukanlah selebriti yang disayangi mereka.
Bagaimanapun, tidak dinafikan, Mira kini merupakan antara bintang terkenal yang cukup senang memberikan kerjasama dengan semua pihak.
Malah, ramai peminat serta rakan media yang turut menyenangi akan sikap toleransinya.
Terdahulu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amira Filzah baru sahaja melangsungkan majlis resepsi kedua di A Park, Puchong pada Ahad.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI