[VIDEO] “Macam Nak Termuntah Jer Bau Durian,”- Zarina Zainuddin Kongsi Pertama Kali Anak Makan Buah Durian

Share

Pelakon senior, Zarina Zainuddin ada berkongsi satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, ia memaparkan gelagat anaknya, Azil yang pertama kali mencuba makan buah durian.

“#azilmakandurian Dalam perjalanan balik kami singgah makan durian ..saya mintak udang merag lepas tu azal cakap hei saya tak makan seafood

“Ini durian namanya saja takde udang pun dalam durian ni azal ..First time azil makan durian selalu dia macam nak termuntah jer bau durian ..#autism #autismawareness #azalohazal #azilazal 

Shawl cantik @as.legacymalaysia,” tulisnya.

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat Azil atau nama lengkapnya, Muhammad Razil Azrai itu.

Untuk rekod, Zarina memiliki sepasang anak kembar yang menghidap autisme bernama Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.

Video Instagram Zarina Zainuddin

Published by
Nazar Rafiqhi