[VIDEO] “Mana Boleh Macam Tu Nyah, Kenapa Mengata Orang?,” – Tempelak Zizi Kirana Pada Sajat

Share

Selepas Sajat ‘direject’ Datuk Seri Aliff Syukri untuk tampil di dalam lagu rayanya bersama Zizi Kirana, usahawan sensasi itu ada memberitahu suara penyanyi rap wanita asal Sabah itu tidaklah sesedap mana.

Sajat berkata demikian menerusi perbualan WhatsApp bersama Aliff yang kemudiannya dikongsi Aliff sendiri menerusi Instagram, baru-baru ini.

Perbualan tersebut antara lain turut mendedahkan mengenai pemilihan Zizi untuk secara rasmi tampil di dalam lagu raya berkenaan yang bakal bakal dilancarkan, selepas pengguna media sosial membayangkan suara Sajat kurang padu.

Lalu, berhubung dengan kenyataan Sajat, Zizi semalam pula tampil memberikan reaksi menerusi keratan video di Instagram.

“Kau apahal cakap macam tu, cakap suara Zizi Kirana bukannya sedap sangat pun. Mana boleh macam tu nyah, kenapa mengata orang? Sedap ke tak sedap janganlah mengata.

“Kau kata hashtag kau jangan mengata tapi kau mengata pulak. Apa tu nyah? Adoi pening kepala aku macam ni,” katanya.

Zizi turut berpesan kepada Sajat agar mengikuti kelas nyanyian andai mahu mengasah bakat dalam seni.

“Kalau kau betul-betul minat sangat nak jadi penyanyi atau rapper, kau belajarlah cari cikgu yang bertauliah.

“Aku pun masih belajar juga, tak adalah aku terus hebat-hebat ke apa,” antara yang dikatakan Zizi sambil mengucapkan terima kasih buat Aliff kerana memilihnya untuk tampil dalam lagu barunya itu.

Foto: Instagram Aliff, Zizi Kirana

Published by
Rafiq Mazlan