Personaliti versatil, Ifa Raziah baru-baru ini ada berkunjung ke sebuah jenama mewah semata-mata mahu mencari beg sangkar buat tiga ekor kucing peliharaan yang baru dibelanya.
Kata Ifa kepada MH, dia baru saja berminat untuk membela kucing setelah sekian lama menyimpan hasrat.
“Kalau nak diikutkan suami agak takut dengan kucing, tetapi saya dan anak-anak memang pencinta kucing. Jadi bila bela seekor kucing betina yang baru saja melahirkan dua ekor anak, lalu saya cadang mahu cari beg sangkar terbaik.
“Senang nanti nak usung kalau pergi ke mana-mana. Risau nak tinggal di rumah lama-lama,” kongsi Ifa.
Menurutnya lagi, haiwan berkenaan diberi nama Mika dan dua ekor anaknya pula dipanggil Mini dan Miki.
Ditanya mengapa sanggup berhabis demi kucing yang dibelanya, Ifa mempunyai jawapannya sendiri.
“Rasanya tak salah untuk hargai binatang yang kita bela. Macam kami sekeluarga memang pencinta kucing. Malah, binatang tersebut juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah SAW,” jelas Ifa.
Dalam perkembangan lain, Ifa juga turut merancang mahu mengeluarkan single baru, awal tahun hadapan.
Nah, ini dia sedutan video ‘pencarian’ beg sangkar buat kucing Ifa Raziah. Kelas tak!?