Uncategorized

[VIDEO] Memperlekehkan Nama Nabi, Ustaz Minta Jabatan Agama Islam Ambil Tindakan Terhadap Iqram!

Share

Nampaknya nama Iqram disebut-sebut lagi di kalangan masyarakat Malaysia kerana isu mempersendakan nama Rasul di sebuah program TV yang berlangsung semalam.

Iqram yang bercerita tentang perubahannya memberitahu telah menjadikan ramai orang sebagai sumber rujukan atau guru padanya.

Malah, Iqram memberitahu dia akui ‘guru’ yang banyak mengajarnya adalah orang disekelilingnya, baik pedana menteri mahupun orang biasa. Termasuklah Nabi Muhammad S.A.W

Namun apa yang menjadi hangat apabila Iqram dikatakan telah menghina nama Banginda Rasulullah dengan nama singkatan yang direkanya sendiri.

Malah jika di lihat, pengacara program tersebut turut kelihatan terkejut dengan tindakannya yang menggelarkan Nabi dengan nama tersebut.

Rakaman tersebut telah mendapat respon dari pelbagai pihak terutamanya dikalangan ulama-ulama Islam yang memperbetulkan kesilapannya.

Salah seorang yang berani tampil kehadapan ialah Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary menyelar perbuatan pelakon itu.

“Jangan kamu jadikan panggilan nama kepada Nabi Muhammad S.A.W sesama kamu itu sama taraf.

 

“Imam Malik Bin Anas dan ulama-ulama tafsir Al-Quran Nur Karem yang lain mengatakan bahawa, dalam ayat ini menegaskan apabila kita ingin menyebut nama Nabi kita mestilah memuliakan nama Nabi ketika mana ingin menyebut namanya,” jelasnya dalam sebuah video.

Malah, Ustaz tersebut turut berkata tindakan Iqram dalam memanggil Nabi sebagai ‘Che Mat’ adalah satu penghinaan kepada Nabi serta mempertikaikan sebagai seorang islam bagaimana Iqram boleh tergamak bercakap secara public depan orang ramai dengan begitu.

“Bagaimana seorang pelakon atau bekas pelakon yang berpakaian serban dan bertongkat yang mengaku sebagai seorang islamikal bernama Iqram Dinzly yang mengaku mengucap boleh cakap secara umum dan di televisyen yang dilihat oleh orang islam, kanan-kanak, orang awam, segenap lapisan masyarakat dengan jelas memperendahkan nama Nabi,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, Ustaz ini turut menegaskan agar Jabatan Agama Islam Negeri yang berkenaan mengambil tindakan terhadapnya.

Malahm Ustaz ini turut menegur kesalahan Iqram ketika membaca Al-quran dan meminta orang ramai terutamanya mufti dan ulama untuk tidak berlembut dengan Iqram kerana tidak mahu nama Nabi terus dipermainkan sebegini.

Namun baru-baru ini Iqram ada memuat naik satu gambar repost daripada Mufti Wilayah Persekuatuan dan menyentuh tentang perbezaan cara teguran yang selesa diterimanya.

 

Published by
Lany Azman