Berderau darah kami menonton video pendek durasi 1minit lebih ini. Memang ngeri betul!
Video yang telah dimuat naik oleh seorang netizen ini mendapat perhatian ramai apabila tanpa rasa sebersalah atau takut, sekumpulan lelaki membelasah seorang lelaki dengan teruk di sebuah stesen minyak yang terletak di Johor Bahru.
Bukan sahaja bergaduh dan bertumbuk, kumpulan ini juga dengan niat cuba membunuh mangsa di tempat kejadian.
Di minit ke 42, sekumpulan lelaki tersebut melarikan kenderaan jenis BMW bernombor plate WB 79L sambil membaling bom buatan tangan hingga menimbulkan kekecohan di kawasan terbabit.
Keadaan menjadi lebih hangat dan riuah apabila kereta terbabit melangar mangsa beberapa kali.
Ngeri melihat mangsa terseret di bawah kereta dan kelihatan lemah akibat lenyekan tayar di badannya.
Selang beberapa saat, ada seorang lelaki bertopi dan pakaian serba hitam berlari meluru dan masuk ke dalam lalu pergi begitu sahaja telah membuatkan orang di sekeliling tepinga-pinga apa yang sudah jadi.
Video ini telah ditonton beratus ribu pengguna media sosial dan rata-rata turut terkejut dan ngeri melihat apa yang berlaku.
Sehingga kini MH belum menerima apa-apa kenyataan mahupun perkongsian mengapa dan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Namun ada sumber memberitahu Mangsa telah mati akibat di tikam dan langgar beberapa kali.
Apa yang kami boleh katakan, perbuatan ini sangat melampau dan memalukan nama baik negara!
Okay tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri dan nilaikan
https://www.facebook.com/pertubuhananakpolismalaysia/videos/1726054480760686/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI