Gitaris Kristal, Rody dan isterinya, Niena Azman telah selamat menimang cahaya mata sulung Isnin lalu.
Rody turut berkongsi sepotong video yang memaparkan detik indah bergelar bapa saat Niena melahirkan bayi lelaki yang diberi nama, Adithya Jabbar.
“Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi.. setelah 9bulan menanti..
“Tanggal 14 January 19,lahir lah kamu ke dunia ini anakku! Adithya Jabbar bin Muhamad Rodi.. Moga jadi anak yg menghormati org tua.. dan soleh yaa..
“Tahniah isteriku @niena_azmann yg byk bersabar selama mengendongkan anak kite.. love u!,” tulis Rody
View this post on InstagramA post shared by official rody kristal (@rodykristal) on
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata memuji keindahan nama bayi comel itu yang membawa maksud yang baik.
Terdahulu, Niena selamat melahirkan Adith secara normal pada Isnin lalu jam 9.34 malam di sebuah pusat perubatan swasta.
Video : Instagram Rody
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Happy Pantang, My Favorite Couple,” – Bersalin Anak Kedua Semalam, Ini Ucapan Rakan Artis Buat Hanis Zalikha-Hairul Azreen
Selepas mengumumkan berita kelahiran anak keduanya semalam, ucapan tahniah dan syukur diterima pasangan selebriti, Hanis Zalikha sama suaminya, pelakon Hairul Azreen.
Dilahirkan pada minggu-minggu terakhir Ramadan, iaitu pada petang Jumaat lalu, bayi perempuan yang diberi nama Alisa Aisyah Hairul Azreen itu telah didedahkan wajahnya khusus buat tatapan para peminat.
View this post on InstagramA post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on
Malah, rakan selebriti turut tidak melepaskan peluang untuk turut sama kongsi kegembiraan dengan memberi dedikasi khas buat keduanya menerusi Instagram.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata Yusuf Iskandar.
View this post on InstagramAlisa Aisyah, 2019. Yusuf Iskandar, 2016 ? Alhamdulillah ❤️
A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on
Foto: Instagram Hairul Azreen/Hanis Zalikha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Tak Balik Jumpa Mak Ayah, Isteri, Suami, Anak-Anak Lebih Sebulan,” – Khai Beri Sumbangan Buat Frontliner & Keluarga Susah
Penyanyi dan usahawan, Khai ada memuat naik ucapan penghargaan buat para petugas barisan hadapan yang telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19.
Menurut Khai atau nama sebenarnya Khairul Nizam Mohammad Wahi, orang ramai sepatutnya berasa bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga sedangkan ada petugas ‘frontliner’ ini yang langsung tidak dapat pulang ke rumah hampir sebulan.
View this post on InstagramA post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on
“Bersyukurlah kita duduk rumah disamping keluarga tercinta.
“Mereka yang bertugas ketika ini ada yang tak balik jumpa mak ayah, isteri, suami, anak-anak lebih sebulan dah. Allahuakbar.
“Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan mereka yang berkhidmat dan berbakti untuk negara dan masyarakat,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh Khai menerusi laman Instagram miliknya.
Sementara itu, menerusi ruangan IG story, naib juara Akademi Fantasia musim pertama ini juga ada berkongsi beberapa foto dirinya sedang mempersiapkan barangan keperluan asas untuk disumbangkan buat keluarga yang memerlukan.
“Selesai buat 15 buah keluarga di hari yang mulia ini.
Selain itu, suami kepada penyanyi, Rosmah itu turut dilihat sempat mengagihkan bantuan makanan buat para petugas barisan hadapan.
“Khidmat dan bakti mereka sangat besar pada negara dan masyarakat.
“Ya Allah Engkau permudahkanlah urusan mereka. InsyaAllah. Amin,” kongsinya.
Sumber: Instagram Khai Rosma
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yoe Siap Menangis, Nak Telefon Mak,” – Ustaz Ebit Lew Kagumi Akhlak Syahmi Sazli, Asif & Yoe
Berpeluang berjumpa dengan bintang Youtuber, Syahmi Sazli, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew gembira apabila pertemuan mereka diaturkan Allah.
Turut sama dalam sesi berkenaan ialah pelakon utama dalam siri Drama Spontan, Asif dan Yoe Parey.
Ebit memuji sikap ketiga-tiga pemuda itu yang berakhlak mulia dan kagum dengan kejayaan mereka yang disifatkan boleh memberi insiprasi buat golongan muda.
“Sebak semalam walau dah dekat 12malam lewat selepas ceramah di Matrikulasi Kelantan yang sangat baik.
“Kagum akhlak orang Kelantan. Rajin ramai usahawan berjaya. Rajin. Subhanallah.
“Selepas itu terus berjumpa dan berkongsi bersama anak muda yang sangat baik @syahmisazli @anissafaizul , asif,yoe dll. Baik sangat adik-adik ni.
“Rendah diri baik dan banyak minta nasihat. Saya sebenarnya semakin yakin syukur rahsia berjaya dan mulia. Rezeki melimpah ruah.
“Mereka kini menjadi semangat inspirasi pada semua anak muda diluar sana. Subhanallah.
“Apa yang kita rasa kekurangan sebenarnya itulah kekuatan kita bila kita syukur.
“Walau kita miliki kesempurnaan tapi tidak syukur dihati kita akan banyak mengeluh dan putus asa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ebit turut berkongsi cerita mengenai kisahnya bersama arwah ibu.
Sekali gus, ia telah menitiskan air mata ketiga-tiga pemuda berkenaan kerana sebak dengan cerita yang disampaikan Ebit.
“Mereka kata selalu dengar ceramah saya. Yoe siap menangis-nangis dengar guna head phone.
“Semalam pun masa cerita mak. Dia berlari ke kereta ambil telefon. Nak telefon mak. Selepas itu yoe ceramah pula pada asif. Subhanallah. Seronok lama juga berkongsi semalam.
“Bila @anissafaizul start menangis tanya soalan mengenai penting jaga solat dan sayang keluarga. Semua dah menangis. Allahuakbar. Baik dan sebak dengar soalan anak muda ini.
“Semoga Allah beri semua anak muda jutawan ini kebaikan, rezeki dan rahmat melimpah ruah. Allah sayang. Semoga menjadi asbab hidayah.
“Sempat hadiahkan buku isteriku bidadari dan 11 amalan memiliki kekayaan dan jemput mereka hadir keluargasunnah. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” akhiri Ebit.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Mengadakan pertemuan di sebuah kedai makan, Ebit turut dilihat saling menyuap makanan kepada Yoe dan Asif.
Terdahulu, Ebit baru sahaja selesai mengadakan ceramah di Kolej Matrikulasi Kelantan.
Video : Instagram Ustaz Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI