[VIDEO] “Moga Jadi Anak Soleh & Hormat Orang Tua,”- Rody Kristal Akhirnya Umum Nama Anak, Adithya Jabbar

Share

Gitaris Kristal, Rody dan isterinya, Niena Azman telah selamat menimang cahaya mata sulung Isnin lalu.

Rody turut berkongsi sepotong video yang memaparkan detik indah bergelar bapa saat Niena melahirkan bayi lelaki yang diberi nama,  Adithya Jabbar.

“Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi.. setelah 9bulan menanti..

“Tanggal 14 January 19,lahir lah kamu ke dunia ini anakku! Adithya Jabbar bin Muhamad Rodi.. Moga jadi anak yg menghormati org tua.. dan soleh yaa..

“Tahniah isteriku @niena_azmann yg byk bersabar selama mengendongkan anak kite.. love u!,” tulis Rody 

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata memuji keindahan nama bayi comel itu yang membawa maksud yang baik.

Terdahulu, Niena selamat melahirkan Adith secara normal  pada Isnin lalu jam 9.34 malam di sebuah pusat perubatan swasta.

Video : Instagram Rody

Published by
Amynur Akmal