Pelakon Farah Nabilah ada memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, ada dipaparkan situasi pelakon yang terkenal dengan drama rantaian Titian Cinta itu sedang membaca berita di sebuah studio rakaman.
“I’m always clumsy when I try to focus on something My dad dulu selalu suruh try jadi news anchor.
“Alhamdulillah dapat peluang jugak baca berita walaupun…
“Tunggu okay Fawaa sebagai pembaca Komuniti Awani. Nanti la Fawaa update bila okay ! Terima kasih @501awani ! #KomunitiAwani”tulisnya.
Kongsi pelakon yang berusia 27 tahun itu, bapanya sering minta dirinya untuk menjadi seorang pembaca berita.
Dalam pada itu, perkongsian Farah telah mendapat pujian daripada peminat.
Rata-rata peminat memuji Farah yang kelihatan sangat comel baca berita dalam rakaman video pendek berkenaan.
Foto : Instagram Farah Nabilah