[VIDEO] “Nak Adik Ke Sayang?,”- Tanya DS Siti Nurhaliza Bila Aafiyah Teruja Tatap Foto Bayi Lain

Share

Penyanyi tersohor, DS Siti Nurhaliza ada berkongsi video yang melihatkan gelagat comel anaknnya,Siti Aafiyah.

Bayi comel berusia 11 bulan itu kelihatan sangat teruja apabila menatap gambar bayi pada pembungkusan lampin pakai buang (pampers).

“Nak adik ke sayang ibu?… sabar naaa , ibu habiskan konsert #sitinurhalizaontour dulu,” tulis Tok Ti.

Video tersebut kini mendapat hampir satu juta tontonan selepas dimuat naik penyanyi lagu Anta Permana itu malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Tok Ti kini sedang sibuk menjalani kelas vokal bersempena konsert Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta,Indonesia dan Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Video: Instagram ctdk

Published by
Amynur Akmal