Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai insiden penyanyi, Haqiem Rusli yang dikecam gara-gara dikatakan merampas pembesar suara daripada peserta program bintang realiti.

Difahamkan, penyanyi tersebut hanya naik selepas diminta ramai.

Lalu, penyanyi ini terpanggil untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku pada malam tersebut di IG story miliknya.

“Netizen jangan terlalu triggered sangat pasal program tu. Kita nak have fun je. Jangan terlalu negatif dan jangan terlalu nak cari salah saya je okay. Thank you,” jelas Haqiem

Haqiem meminta netizen supaya jangan cepat melatah dan mencari salahnya sahaja. Sebaliknya fahamilah dahulu konsep program tersebut.

IKLAN

Kenyataan Haqiem itu disokong pelawak, Jihan Musa yang juga merupakan salah seorang panel ketika program tersebut berlangsung.

IKLAN

“Dik dia gini lah. Kalau dah benci tu wangi pun ckp busuk. Kalau suka nau nau tu taik pun dihidu wangi. U cannot please everyone lagi2 jenis degil ko ckp la explain la camne pun tetap ade yg gigih putar belit cari reason lain utk membenci. So abaikan sajo. Haters gonna hate gitu,” pesan Jihan.

Tambah Haqiem, dia sudah lali dengan kecaman daripada netizen dan dia akan terus positif pada masa akan datang.

https://twitter.com/HaqiemRusli/status/1026010558993072129

IKLAN

Namun, Haqiem telah pun membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapan yang telah dilakukannya itu. Jadi, MH harap perkara ini telah pun selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

Namun, Haqiem telah pun membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapan yang telah dilakukannya itu. Jadi, MH harap perkara ini telah pun selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

Foto: Instagram, Twitter Haqiem Rusli & Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI