[VIDEO] Ning Baizura Kongsi Detik Cemas Bila Cincin Bentuk Ikan Tersekat Di Jari, Bomba Jadi Penyelamat!

Share

 

Penyanyi Ning Baizura ada berkongsi detik cemas apabila cincin yang dipakainya ketika membuat persembahan baru-baru ini tersekat di bahagian jari tengah tangan kirinya.

Sekali gus, ia menyebabkan jari penyanyi lagu Awan Yang Terpilu ini membengkak sehinga mendapatkan khidmat pasukan bomba untuk menanggalkan cincin berbentuk ikan itu.

“Saya ingin berkongsi kepada semua, hari ini merupakan hari yang traumatik dalam hidup saya.

“Ketika mahu membuat persembahan semalam, saya dalam keadaan sangat tergesa-gesa memaksa diri untuk memakai sebentuk cincin. Namun, ia sukar untuk ditanggalkan.

“Jadi, saya biarkan semalaman sehingga ibu dan suami saya menyuruh saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan sewajarnya.

“Saya cuba menanggalkan cincin tersebut dengan sabun dan minyak tetapi tidak berjaya.

“Kemudian, doktor menyarankan saya ke balai bomba kerana pihaknya tidak mempunyai kelengkapan yang sepatutnya untuk menanggalkan cincin terbabit,” kongsi Ning menerusi Instagram TV.

Menerusi video berdurasi sembilan minit itu, sepasukan anggota bomba melalui beberapa peringkat untuk menanggalkan cincin tersebut dengan cara menyapu minyak pada bahagian jari Ning.

Kemudian, mereka menggunakan beberapa peralatan memotong logam bagi menanggalkan cincin terbabit.

Manakala, perasaan gemuruh dan gementar dilalui Ning apabila pihak bomba cuba untuk menyelamatkan situasi tersebut.

Di akhir video, Ning berterima kasih kepada pasukan bomba yang bertindak pantas untuk membantunya mengeluarkan cincin di jarinya.

Video : Instagram Ning Baizura

Published by
MH