Penyampai radio Era, Hani Fadzil berkongsi beberapa video dia menjadi hos kepada satu grup Korea Selatan, Born To Beat (BTOB) di laman Instagramnya.
Namun apa yang menarik perhatian apabila video tersebut ada menunjukkan dia termelatah di hadapan idol tersebut.
Kejadian bermula apabila salah seorang ahli grup tersebut, Sungjae terjatuhkan mikrofon menyebabkan Hani yang ketika itu berada di sebelahnya terus melatah.
“Sungjae dropped his mic next to me & i had to melatah “Opocot Jatuh” & they started imitating me.
“Hahaha WHO ON EARTH WOULD’VE THOUGHT THAT I WOULD BE THE ONE TEACHING BTOB ABOUT OUR MELATAH CULTURE. If my mama was around sure dia bebel sebab takle bawak majlis hahaha oops,” tulisnya di kapsyen.
Selain itu, Hani turut berkongsi beberapa video lain menunjukkan dia mengajar idol-idol tersebut bahasa melayu, antara perkataan yang menjadi kegemaran grup tersebut adalah ‘leklu’, cepat sikit dan argh stress.
Grup BTOB buat pertama kalinya mengadakan majlis bertemu peminat (fan-meeting] bertempat di MITEC pada Ahad lalu.
Foto/Instagram: Hani Fadzil