Petang semalam MH ada terima satu mesej daripada pengikut setia kami. Individu terbabit meminta kami untuk melihat akaun Instagram milik Izzue.
Menurutnya mengapa sejak akhir-akhir ini Izzue sering memuat naik gambar serta video bersama isterinya di atas katil.
Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini biasa sebagai suami isteri, namun untuk seseorang yang bergelar selebriti dan menjadi ikutan ramai ia agak tidak manis untuk dilihat.
Menurutnya bukan sekali dua tetapi dah beberapa kali Izzue sering memuat naik gambar serta video ‘terlebih mesra’ dengan isterinya.
Melihat kata individu ini, MH segera ke akaun Instagram Izzue dan melihat sendiri apa yang dimaksudkan oleh individu ini.
Ads
Amboii bukan main lagi manja mereka berdua. Tidak dinafikan Izzue dan Awin, memang selalunya begitu.
Malah, jika di Insta Stories juga kelihatan Awin bukan main manja mengusik suaminya yang sedang nyenyak tidur di sebelah.
Keadaan ini telah menyebabkan ramai ‘makan hati’ dengan kemesraan mereka berdua.
Ads
Namun seperti biasa, ada juga segelintir netizen yang kurang selesa dan menganggap pasangan ini tidak perlu memuat naik momen-momen seperti ini serta ada juga beberapa individu mengambil kesempatan untuk kritik pasangan izzu.
Ads
Bagi MH, benda ni mudah. Kalau mereka rasa yakin dan tidak kisah dengan apa sahaja reaksi netizen jadi biarkan sahaja.
Tetapi janganlah marah jika ia menjadi kontroversi sebagai seorang selebriti seseorang itu harus bijak menapis apa yang patut dan tidak untuk dikongsikan pada pengetahuan umum, tak gitu?
Tetapi apapun MH memang suka tengok gelagat Izzue melayan isterinya. Memang sweet! Susah nak jumpa pasangan macam Izzue!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.
Berita gembira itu dimaklumkan pelakon filem Polis Evo 3 itu menerusi hantaran di Instagram yang kemas kini, pada Isnin.
“Salam tunangku,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Hantaran berkenaan pantas menjadi perhatian warganet apabila ia sudah pun menerima hapir 20,000 tanda suka disusuli dengan ratusan komen termasuk daripada rakan selebriti.
Perkongsian yang merakamkan beberapa momen indah pasangan itu turut dikongsikan Akhyar menerusi platform sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terdahulu, bintang Instafamous King Coco berada di kota Istanbul bersama suaminya.
Malah terdahulu, dia turut dijemput sebagai ‘speaker’ di sebuah institusi pengajian tinggi.
Lalu, King Coco atau nama sebenarnya Maishaira Ismail turut merakam foto indah sekitar Eropah bersama suaminya, Kapten Azrin.
Terkini menerusi Insta Storiesnya, bintang media sosial ini ada memaklumkan bahawaamat sukakan Thailand kerana makanannya.
Malah kongsinya lagi, negara Gajah Putih itu tetap menjadi pilihan meski sudah lawati lebih 10 buah negara.
“I’VE BEEN TO MORE THAN 10 COUNTRIES B4, TAPI AKU TETAP JATUH CINTA DENGAN THAILAND BAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA #NOWAKUCEMBURU #DENGANORGYGPERGITHAILAND #SEDAPNYAMAKAN #SAYANGJOMSWITCHKETHAILAND #EUROPETABESHHH,” tulisnya.
Di samping itu, Coco juga turut meluahkan rasa bersyukur kerana menjadi warganegara Malaysia yang
“Kita beruntung memegang passport malaysia, yang boleh ke luar negara tanpa visa, tanpa prosedure yang merumitkan, seperti negara negara yang lain.
“Lebih dari 100 negara kita boleh merantau tanpa visa.
“Dulu me tak berapa kisah bila merdeka, sebab tak rasa apa tu function merdeka, tapi lepas merantau baru me tahu, yang Malaysia adalah negara yang hebat. I’m proud to be malaysian. Saya anak malaysia. Me sayang Tun,” tulisnya.
Untuk rekod, Coco mendirikan rumah tangga bersama seorang bekas juruterbang, Azrin Anas Abdul Shukor pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam pada itu, Sarah juga mendedahkan perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies.
Terdahulu, Ruhainies dan Aliff diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia di kediaman aktres itu di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!