Akhirnya pasangan selebriti, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dapat bertemu isteri, Bella Astillah dan anak-anaknya Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Selepas lebih 9 bulan tidak bertemu gara-gara situasi semasa yang melanda dunia, Bella dan Aliff sekeluarga dapat mengisi masa bersama.
Malah, momen indah itu turut disimpulkan menerusi sebuah video yang dihasilkan Budak Tadika.
Kelihatan Ayden berlari menuju ke arah Aliff lalu mereka berdua saling berpelukan dan penyanyi Sayang Sayang itu turut dilihat memeluk Bella serta mengucup dahi anak-anaknya.
Ads
“I miss you, i love you. Sayang Daddy tak? Kiss Daddy,” kata Aliff kepada Ayden. Malah Aliff dan Bella turut dirakam mengunjungi kedai permainan kanak-kanak sebagai hadiah buat permata hatinya itu.
Serentak dengan perkongsian video di Instagram itu, rata-rata peminat serta rakan selebriti tumpang gembira dan tidak kurang yang menyatakan rasa sebak sebaik menonton klip berkenaan.
Video tersebut sehingga kini telah pun ditonton lebih 500,000 kali warganet.
Ads
Terdahulu, Aliff terpisah selama 9 bulan dengan Bella dan dua cahaya matanya akibat COVID-19 dan bintang asal Singapura itu sudahpun menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Sepanjang tidak bersama Aliff, Bella juga telah menjalani proses kehamilan, bersalin dan berpantang anak kedua bersendirian tanpa suami di sisi.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski Azwan Ali sudah pun melakukan permohonan olehnya sewaktu di sidang media sebelum ini atau isu yang terkait, namun Datuk Seri Vida tetap dengan pendirian untuk meneruskan tuntutan saman malu ke atasnya.
Tidak mahu lagi membuka mulut berbicara soal yang telahpun diserahkan kepada peguam, jelas Azwan Ali atau lebih popular dengan gelaran Diva AA, dia percaya Vida akan bersikap terbuka dan satu pertemuan antara kedua-duanya boleh dilakukan bagi menyelesaikan konflik.
“Ini merupakan kenyataan pertama daripada saya selepas Datuk Seri Vida (DSV) menyatakan hasrat untuk meneruskan tuntutan saman.
“Saya pun tidak mahu mengeruhkan keadaan dan apa yang boleh katakan, semua sedang diusahakan dengan pihak peguam.
“Saya percaya DSV akan bersikap terbuka dan semoga ada jalan terbaik untuk menemukan kami.
“Kita jangan berfikiran negatif kerana apa pun yang dibuat akan mendapat keputusan yang negatif. Apa sahaja tindakannya, saya akan terima. Itu hak DSV dan peguamnya.
“Pada bahagian saya pula, saya percaya peguam yang dilantik akan membuat penyelesaian yang terbaik dan harapan saya secara peribadi kepada Vida, Cik B dan semua, kita berserah kepada Yang Maha Esa,” jelasnya kepada MH.
Malah, pengacara ini turut memohon agar netizen tidak lagi memburukkan keadaan dengan meninggalkan komen berbaur negatif.
“Kita tidak perlu mengata kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Sebenarnya saya tidak mengikuti perkembangan terkini kerana terlalu sibuk, cuma kepada penyokong kedua belah pihak, saya mahu tegaskan, ingatlah ini akan menjadi pengarajan agar kita menjadi lebih dewasa. Janganlah dilaga-lagakan,” terangnya lagi.
Permohonan maaf yang dilakukan pada sidang media didakwa tidak ikhlas, namun empunya diri juga tidak mahu lagi mengulas apa yang sudah berlaku.
“Saya tidak mahu lagi komen dan biarlah ia berlalu begitu. DSV ada hak untuk melihat apa yang berlaku daripada semua sudut.
“Saya hanya mengikut peguam, biarlah mereka melakukan tugas jika tuntutan sudah pun berlaku. Semua orang tahu, saya merupakan seorang peguam dan tidak perlu gundah gulana kerana semua ada prosedur.
“Saya perlu hormat kerana isu ini sudah menjadi kes mahkamah. Tiada komen daripada saya kerana ia akan menganggu perjalanan kes. Saya hormat, kita tunggu dan lihat.
“Cara saya senang sahaja, saya tidak membaca semua komen yang ditulis kerana ia hanya memburukkan lagi keadaan.
“Saya tiada masalah dengan semua pihak, saya harap kebaikan akan berlaku,” katanya reda waima apa keputusan yang bakal berlaku kelak.
Terdahulu, Datuk Seri Vida membuat tuntutan saman malu ke atas Azwan Ali susulan penghinaan yang didakwa dilakukan terhadap usahawan kosmetik itu serta Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.
Turut disentuh ialah berapa isu lain dan DSV menerusi sidang media turut meminta Azwan agar memohon maaf selain memadam video atau status yang berkaitan dengan konflik di antara mereka.
Sementara itu, Vida mendakwa, sidang media permohonan maaf yang dilakukan oleh Azwan pada 11 Februari lalu hanya memburukkan keadaan memandangkan ia didakwa seolah-olah tidak dibuat dengan ikhlas.
Ikuti dua sidang media yang terkait di antara DSV dan Azwan Ali di sini;
SIDANG MEDIA TERGEMPAR DIVA AA BERHUBUNG KES KONTROVERSI DATO SERI VIDA
Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 11 February 2020
Sidang Media DSV Saman Terhadap Azwan Ali
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 19 February 2020
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, peminat industri Kpop dikejutkan dengan dua berita selebriti yang dikhabarkan sudah mempunyai teman wanita.
Penutup tahun 2018 melihatkan salah seorang bintang rancangan realiti, Running Man, Lee Kwang-soo mengumumkan mempunyai teman wanita yang juga merupakan pelakon Lee Sun-bin.
Pasangan itu bertemu ketika Lee Sun-bin merupakan salah seorang tetamu dalam Running Man pada tahun 2016 lalu.
Dikhabarkan, ia adalah cinta pandang pertama buat mereka berdua dan hubungan itu telah berlangsung sejak 5 bulan lalu.
Lee Kwang-soo juga dikhabar sudah memperkenalkan Lee Sun-bin sebagai teman wanitanya kepada teman-teman rapatnya seperti pelakon, Jo In-sung dan Do Kyung-soo (EXO D.O)
Hubungan mereka disambut baik oleh para peminat dan mendoakan agar kedua-duanya segera berkahwin.
Dalam pada itu, hari pertama tahun 2019 pula dikejutkan dengan berita pasangan idol, EXO, Kai dan Blackpink, Jennie dikhabarkan mempunyai hubungan cinta.
Perkara itu kemudiannya disahkan oleh agensi kedua-dua idol tersebut iaitu SM Entertainment dan YG Entertainment.
Berita ini sangat mengejutkan memandangkan kedua-duanya merupakan ahli grup paling popular di Korea Selatan.
Susulan itu, kelihatan ada reaksi yang berbeza peminat terhadap berita tersebut. Ada yang memberikan sokongan namun ada juga yang terang-terangan menyatakan tidak bersetuju.
— jenkai the powerful couple (@jenkaijenkai) January 2, 2019
Apa-apapun, kedua-dua mereka sangat bijak merahsiakan hubungan mereka itu, malah jika media Korea Selatan tidak melaporkan foto-foto ‘dating’ mereka, tentu orang ramai tidak akan perasan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jika sebelum ini Tunku Azizah Maimunah Iskandariah bergelar Raja Permaisuri Agong ke-16, kini tiba pula giliran kekanda iparnya, Raja Zarith Sofiah pula menaiki takhta sebagai Raja Permaisuri Agong ke-17.
Suri hati kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ini menjadi inspirasi kepada rakyat jelata yang memandang tinggi keperibadian baginda.
Jom kita baca 10 fakta tentang baginda :-
Sebagai Raja Permaisuri Agong ke-17, baginda kini menggunakan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Baginda diputerakan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak.
Kini berusia 64 taun, baginda merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin Almarhum Raja Dato’ Sri Ariff Shah.
Raja Zarith Sofiah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar, Perak sebelum menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom yang juga terletak di daerah yang sama.
Bagi peringkat universiti, baginda kemudiannya menyambung pengajian di Cheltenham Ladies’ College di England pada 1972, sebelum menyambung pengajian tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Somerville College, University of Oxford pada 1979 dan dikurniakan Bachelor of Arts in Chinese Studies pada 1983.
Kemudiannya baginda menamatkan pengajian di peringkat sarjana pula di universiti yang sama pada tahun 1986.
Raja Zarith Sofiah diijabkabulkan bersama Sultan Ibrahim pada 22 September 1982 semasa Sultan Ibrahim bergelar Tunku Mahkota Johor.
Baginda dikurniakan gelaran Permaisuri Johor bersempena dengan Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015.
Hasil perkongsian hidup, baginda berdua dikurniakan lima putera dan seorang puteri iaitu iaitu Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.
Raja Zarith Sofiah juga merupakan seorang penulis prolifik. Baginda pernah mempunyai ruangan akhbar khusus iaitu On Common Ground untuk New Straits Times dan Mind Matters untuk The Star. Baginda juga pernah menghasilkan buku kanak-kanak.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...