Baru-baru ini tular satu rakaman video di laman media sosial yang memaparkan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli sedang memijak wang kertas kepunyaannya yang difahamkan berjumlah puluhan ribu ringgit.

Tindakan tersebut meraih perhatian dan wargamaya turut memberikan reaksi yang pelbagai.

Video Pijak Duit Tular, Roslan Shah Kesal, Rasa Hilang Hormat Tindakan Iqbal – “Cik Lan Ternampak Di TikTok Terus Rasa Terkilan…” Video Pijak Duit Tular, Roslan Shah Kesal, Rasa Hilang Hormat Tindakan Iqbal – “Cik Lan Ternampak Di TikTok Terus Rasa Terkilan…”

Dalam pada itu, pelakon dan pengacara Roslan Shah meluahkan rasa serta pendapatnya terhadap tindakan usahawan berusia 27 tahun itu.

“Orang Waras Saja Boleh menilaikan Duit tidak boleh di Pijak-Pijak kerana apa yang Kita dapat duit. Kita kena bersyukur dan duit adalah sumber rezeki di terima Dari tangan Bukan Kita berpijak dengan kaki.

“Manusia Ada fikiran dan dididikan Oleh Ahli keluarga sebenarnya tetapi Akhir Zaman Sekarang, Duit pun Sanggup untuk diPijak-Pijak. Apabila Cik Lan ternampak di Tik Tok tadi tengok video itu dan cik Lan terus terasa terkilan pun Ada dan Rasa Marah pun ada.

Ads

“Memang itu Hak, duit Iqbal boleh buat sesuka Hati. Tetapi Bukan untuk diContohi kepada orang awam kerana ramai budak budak kecil sampai ke Tua pun sekarang Ada TikTok. Cik Lan Rasa Hilang hormat kepada Iqbal,” tulisnya.

Video Pijak Duit Tular, Roslan Shah Kesal, Rasa Hilang Hormat Tindakan Iqbal – “Cik Lan Ternampak Di TikTok Terus Rasa Terkilan…” Video Pijak Duit Tular, Roslan Shah Kesal, Rasa Hilang Hormat Tindakan Iqbal – “Cik Lan Ternampak Di TikTok Terus Rasa Terkilan…”

Dalam pada itu, bintang asal Singapura itu turut menzahirkan rasa bimbang sekiranya tindakan sedemikian akan menjadi ikutan generasi muda.

Ads

Selain itu, hos berusia 51 tahun ini menyifatkan perkara ini adalah salah dalam sisi agama dan tidak seharusnya dilakukan oleh seorang Muslim.

“Dan Cik Lan tak Nak budak-budak kecil Akan ikut Cara seperti ini diPijak-Pijak Duit menjadi ikutan. Iqbal kena jaga Adab insyallah orang Akan senang dan hormati Kita. Mencari perhatian dan untuk popularkan Diri semuanya boleh Saja.

“Cuma Bab Pijak Duit Cik Lan Sangat tidak berkenan dan adalah Salah Dalam Agama. Duit adalah sumber rezeki di ambil Dari tangan jemari Kita serta untuk bersyukur Bukan untuk di Pijak.

Ads

“Kekayaan Hanya di Dunia Saja dan Kekayaan di Akhirat Hanya Amalan Kita Nanti. Maaf duit yang Iqbal Kasi kepada Cik Lan tempoh Hari tu cik Lan Akan pulangkan duit RM1,000.00 ringgit ya.

“Tahniah Iqbal dah Jadi Artis Lagu Single terbaru yang bertajuk Hujan Harga 500 Ribu Ringgit kalau boleh genapkan 1 juta ya. Suara 70/100 quality Lagu dan muzik 85/100 so good luck Iqbal. Artis Paling Popular Hanya di Dunia Sementara Waktu,” tulisnya lagi menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Roslan Shah (@realroslanshah)

Video Pijak Duit Tular, Roslan Shah Kesal, Rasa Hilang Hormat Tindakan Iqbal – “Cik Lan Ternampak Di TikTok Terus Rasa Terkilan…” Video Pijak Duit Tular, Roslan Shah Kesal, Rasa Hilang Hormat Tindakan Iqbal – “Cik Lan Ternampak Di TikTok Terus Rasa Terkilan…”

Foto: Instagram Roslan Shah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI