Kisah keluarga Miley Cyrus menjadi perhatian peminat hiburan antarbangsa dek pelbagai kisah yang menyelubungi keluarga popular itu.
Jika sebelum ini seperti yang ramai sedia tahu, bekas isteri Liam Hemsworth ini sudah tidak rapat dengan Billy Ray Cyrus sehinggakan dia langsung tidak menyebut nama ayahnya itu dalam ucapan terima kasih saat menang Anugerah Grammy buat kali pertama.
Kini, skandal terbaharu dilaporkan adalah berkenaan ibu Miley, Tish Cyrus-Purcell. Menurut laporan berita The Sun, wanita berusia 56 tahun itu telah berkahwin dengan Dominic Purcell yang merupakan teman lelaki anak bongsunya, Noah Cyrus!
What a weird coincidence right? Tish, 56, telah berkahwin dengan Dominic,54, pada Ogos tahun lalu. Menurut Tish, Dominic sebelum itu terlebih dahulu menghantar mesej kepadanya di Instagram pada 2016 namun dia tidak membalasnya.
Mereka kemudiannya saling berhubung pada 2022 ekoran perceraian Tish dan bekas suaminya, Billy Ray Cyrus. Namun begitu menurut sumber terdapat satu perkara pelik tentang hubungan Tish dan Dominic.
Ada sumber pula menyatakan bahawa Dominic sebenarnya telah bercinta terlebih dahulu dengan Noah Cyrus sebelum menjalin hubungan dengan ibunya.
“Noah sebenarnya berjumpa dengan Dominic sebelum Tish mula menggodanya. Sengketa di antara Tish dan Noah kini lebih teruk daripada apa yang semua sangka. Noah sangat bengang apabila ibunya sendiri merampas Dominic darinya,” kongsi sumber kepada US Weekly.
Noah tidak menghadiri perkahwinan ibunya bersama Dominic dan dilihat berpihak kepada ayahnya saat perbicaraan perceraian kedua orang tuanya berlaku. Walaupun begitu ada sumber menyatakan bahawa dia sebenarnya tidak dijemput.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Istimewa sempena sambutan Syawal tahun ini, Neelofa bakal kembali mengendalikan program hiburan, Meletop di samping Nabil Ahmad.
Perkara itu disahkan Pengurus Saluran Astro Ria, Astro Citra dan Tayangan Hebat, Emarina Kamal.
Emma menerusi sidang media secara virtual bersama media pada Rabu menjelaskan, penampilan bintang itu adalah bagi memeriahkan sambutan malam raya sahaja selain memenuhi permintaan ramai peminat yang merindui figura berkenaan di set MeleTOP.
“Mengapa kami bawakan Neelofa untuk program MeleTOP malam raya adalah bagi ‘meringankan’ kerinduan para penonton terhadap penampilannya di set berkenaan.
“Malah ketika Nabil berseorangan di studio atas situasi semasa yang berlaku kini, dia tiada peneman dan kali ini kita hadirkan teman asal Nabil, istimewa untuk malam itu nanti,” katanya.
Menyifatkan kehadiran rakan hos sebagai satu yang dinantikan, Nabil turut menyambut baik idea tersebut.
“Terbaik. Bila ada ‘bunga’ di sisi rasa seronoklah sikit. Misalnya ketika bersama Sherry baru-baru ini, meriah jadinya.
“Idea (Neelofa kembali ke set MeleTOP) pun terjadi bila kami buat ‘live’ sebelum bersiaran secara langsung.
“Kami ada bersembang dan ada penonton yang bertanyakan mengenai penampilan Neelofa sempena edisi raya. Bagi saya lengkaplah MeleTOP raya. Terima kasih Astro,” katanya.
Selain itu, beberapa program menarik termasuk Mega Ria Raya yang akan bersiaran setiap hari selama lapan hari juga merupakan antara tarikan istimewa yang ditawarkan sempena Kempen Raya Astro kali ini.
Ketua Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi menambah, menerusi program itu juga, elemen kad ucapan raya akan dihidupkan kembali dan para penonton berpeluang untuk menghantar ucapan mereka untuk dibacakan di kaca TV.
Sementara itu, Astro turut menawarkan hadiah beserta duit raya bernilai sehingga RM100,000 khas buat pelanggan mereka menerusi Peraduan Senyum Lebaran di contest.astro.com.my.
Sementara itu, mengulas mengenai iklan raya Astro untuk tahun ini, Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, kejayaan beberapa filem animasi yang mengungguli carta filem ‘box-office’ membuatkan pihaknya terpanggil untuk membawa kelainan.
“Kejayaan beberapa filem animasi tempatan memberi inspirasi kepada kami untuk memperkenalkan watak animasi baru sebagai kempen raya tahun ini dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Astro.
“Kandungan animasi yang mengisahkan kanak-kanak perempuan bernama Dik Non ini juga dapat memberi keceriaan kepada penonton di rumah pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun ini.
“Kami percaya elemen superhero yang diketengahkan dalam membantu orang yang lebih berusia dan individu dalam kesusahan dapat memberi mesej positif kepada penonton.
“Iklan raya ini juga bertepatan dengan tema Astro iaitu Indahkan Senyuman yang mana senyuman adalah salah satu kunci utama dalam mengubati segala perkara,” katanya.
Menurutnya lagi, watak animasi ini adalah harta intelek (IP) milik mereka dan merancang untuk dikembangkan menjadi sebuah karya yang lebih besar.
Saksikan sedutan sidang media secara virtual di sini;
Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel ada sebab tersendiri memilih nama perniagaan makanan pancake iaitu Pancake Tembam.
Katanya, dia mahukan sesuatu yang unik dan luar biasa agar mudah diingati orang ramai.
“Kita mahu ketengahkan ciri-ciri pancake yang gebu dan lembut. Pada awalnya, saya nak letak nama Fluffy Pancakes, tapi saya rasa macam klise.
“Jadi saya beri nama Pancake Tembam dan nama itu secara automatik diingati dan orang akan tertanya-tanya “bahagian mana yang tembam”? Ternyata pancake kami lebih gebu dan lembut.
“Saya harap orang ramai jangan salah faham dengan nama tersebut,” kata Naim kepada MH.
Terdahulu, penyanyi lagu Sumpah ini ditemui di Royal Theatre, Shah Alam pada Jumaat sejurus selesai melakukan persembahan program All Stars Buka Panggung.
Meski mengakui pada ada yang berfikiran tersirat (double meaning), terhadap nama pancake yang diusahakan, namun Naim menjadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang berjaya kerana baginya, nama tesebut mudah diingati.
“Saya ada juga baca di media sosial mengenai penerimaan orang ramai terhadap nama yang diberi, tapi saya tak ambil pusing perkara itu.
“Bagi saya nama tersebut ‘melekat’ dalam kepala orang ramai dan mudah diingat,” jelasnya yang menjalankan perniagaan selama dua bulan di The H, Hartamas.
“Pada awalnya, team saya gelakkan saya disebabkan nama tersebut, jadi kami cuba jalankan perniagaan untuk beberapa bulan dan akhirnya nama itu melekat.
“Ramai juga yang datang ke kafe kami dan mereka suka keenakan pancake dan nama tersebut,” kata Naim yang merancang untuk mengembangkan perniagaan di Cybrejaya selepas ini.
Foto: Instagram Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!