
Ibarat sebuah filem aksi! Itulah yang boleh dikatakan apabila dua siri video yang dikongsi pengguna Facebook menggunakan akaun Azri Arip menjadi sensasi di media sosial sejak awal malam tadi.
Difahamkan, video berkenaan yang menyaksikan dirinya nekad mengejar sebuah bas yang dipandu secara melulu mulai viral.
Menurut perkongsian lelaki tersebut, dia memaklumkan bas berkenaan merempuh sebuah kereta sehingga terbabas lalu merempuh gerai burger miliknya, lalu menyebabkan ibunya yang sedang memangku bayi berusia dua bulan terpelanting.
“Bas ni rempuh kereta, kereta terbabas rempuh kedai burger aku. ibu aku pangku baby 2 bulan terpelanting.
“Aku kejar dari keramat au2 sampai ampang nak masuk mrr2 dengan kaki ayam tak pakai baju. hampir 20 biji kereta dia rempuh,” tulisnya.
Bagaimanapun setakat ini, masih belum ada informasi lanjut mengenai perincian kes serta keadaan mangsa terlibat.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun dikongsi lebih 80,000 kali dengan pelbagai komen diberikan netizen.
Sumber: Facebook Azri Arip
https://www.facebook.com/ayiee.azzree/videos/1659496590843477/
https://www.facebook.com/ayiee.azzree/videos/1659497810843355/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doakan Moga Fasa Baharu Dalam Kehidupan Kami Dipermudahkan,” – Ernie Kini Isteri Syamel, Ucap Terima Kasih Atas Doa Positif Ramai

Pasangan penyanyi, Syamel, 28, dan Ernie Zakri, 29, kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Puncak Alam, Puncak Alam, Selangor, jam 10.30 pagi, hari ini.
Sama cantik sama padan, pasangan tersebut dinikahkan juru nikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.
Pada majlis itu, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian beserta lima dulang hantaran.
Manakala pihak Ernie membalas dengan tujuh dulang.
Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri menjelaskan, majlis diadakan secara tertutup dengan dihadiri 20 ahli keluarga sahaja bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan mematuhi SOP ditetapkan. Terima kasih atas doa semua dan sokongan diberikan kepada saya dan suami.
“Doakan semoga fasa baharu dalam kehidupan kami ini juga dipermudahkan,” katanya yang mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.
Sejurus majlis itu, Ernie dan Syamel diraikan pada majlis tertutup yang diadakan di sebuah resort persendirian di Serendah juga secara tertutup membabitkan keluarga kedua belah pihak sahaja.
Majlis itu dikendalikan perancang perkahwinan The Wedding Herritage (TWH) bertemakan Melayu Klasik.
Difahamkan pasangan tersebut mulai rapat selepas terbabit dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017 dan mereka menjadi pasangan duet selain menjuarai program berkenaan.
Mereka kemudiannya muncul dengan single duet, Aku Cinta dan memenangi trofu Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) pada 2018.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Dendam, Kami Profesional,” – Tyra Kamaruzzaman Tak Kekok Bekerja Dengan Anak Tiri Tok Ti

Pempengaruh media sosial dan usahawan muda, Tyra Kamaruzzaman mengakui tidak kekok atau janggal biarpun perlu bekerja di bawah satu bumbung dengan bekas teman lelaki, Aazief Khalid yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut Tyra, 23, meskipun hubungan mereka sudah putus sejak empat tahun lalu, masing-masing tahu membezakan soal kerja dan peribadi.
“Dah lama dah sebenarnya, dah empat tahun dah (putus). I think if you learn how to let go of the past, sangat senang untuk bekerja dengan someone yang you had a past with.
“Even though things did not work out between me and Aazief, we keep it professional. Pada saya, kerja adalah kerja, hal peribadi yang dah lepas, biarkan berlalu.
“Kita pun dah besar dan kami pun tahu ini soal kerja. Setiap hari pun memang kami jumpa satu sama di pejabat, bekerja dengan Aazief sangat senang,” kata Tyra kepada MH ketika ditemui pada majlis pelancaran terbaharu produk Beautyra X Disney Princess di Lightbox, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.
Bercakap mengenai kolaborasi tersebut, Tyra berkata dia sangat berbesar hati apabila jenama antarabangsa seperti Disney mahu menjalinkan usahasama dengan produk yang diusahakannya.
“Sudah pasti saya berasa terharu dapat bersama-sama dengan Disney untuk kolaborasi ini. Dari kecil lagi, saya memang minat dengan watak-watak yang ada dalam Disney.
“Untuk produk lip tint dan maskara ini memang saya sengaja pilih watak-watak kegemaran saya seperti Mulan, Pocahontas dan Jasmine untuk koleksi kali ini.
“Harapnya kolaborasi ini akan dapat menambat hati ramai di luar sana,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Tyra Kamaruzzaman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kahwin 22, Dapat Anak 24, “Lebih Matang Urus Kehidupan Diri & Keluarga,”- Mawar Rashid

Bergelar ibu pada usia 24 tahun, pelakon Mawar Rashid merasakan itu adalah satu anugerah terindah dalam hidupnya.
Malah, pemilik nama lengkap Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu bersyukur atas segala nikmat yang diberikan Allah.
“7 months in VS 7 months out. Alhamdulillah jujur nak cakap ni, Bersyukur sangat dengan apa yang Allah S.W.T aturkan dalam hidup Mawar.
“Walaupun Mawar rasa cam umur 22 kahwin and umur 24 ada anak tu macam awal, yelah, Mawar rasa umur camtu cam muda sangat nak pikul tanggungjawab,” tulisnya.
Sekali gus, menjadikan Mawar lebih matang dalam menguruskan kehidupan diri sendiri dan keluarga.
“Tapi sebenarnya perkahwinan and jadi seorang ibu banyak ajar Mawar dalam kehidupan sementara di dunia ni.
“Ape yang Mawar nak hightlight kat sini, Mawar happy, makin lama dalam perkhawinan, lepas Ada anak ni, Mawar ngan suami pun jadi lebih mengenal hati masing2.
“Lain sangat dari dulu. Semoga Allah sentiasa lindungi Dan berkati rumah tangga kita. Amin,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 100,000 tanda suka di kalangan pengguna Instagram.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael yang kini mencecah usia 8 bulan.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
View this post on InstagramDinner with my beloved familia at @mykyochon ❤️ Rafael’s OOTD dari @mothercaremalaysia
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI