A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Kelembutannya yang buatkan saya tertarik. Kalau kita tengok dia menerusi televisyen, personalitinya berbeza. Di luar dia seorang yang lembut.
“Saya tidak kisahlah orang nak cakap dia gedik ke apa. Akan tetpi orang luar tidak tahu macam mana Elly Mazlein. Jadi alhamdulillah saya bertuah dijodohkan dengannya,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada sukar atau tidak untuk ‘handle’ isteri yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga menerusi perkahwinan terdahulu, Azlan yang bertugas sebagai guru ini menjelaskan tidak susah untuk menjaga hati isteri.
Paling penting, mereka sepakat untuk tidak memberikan alasan terhadap hal yang remeh-temeh.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Sebenarnya tak susah, kalau kita pandai ambil hatinya. Tak susah kalau kita jenis yang tidak banyak alasan. Dia tak suka dengan orang yang banyak alasan.
“Misalnya kalau saya sudah buat salah, saya kena minta maaf dan tak perlu untuk berikan alasan yang itu ini. Jadi kalau saya dengar cakap dan mengakui silap, dalam sekelip mata dia boleh berubah,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Elly selamat menamatkan zaman ibu tunggal dengan suaminya itu pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mendedahkan dirinya telah menemui solusi yang mampu membuatkan dia berasa ralat untuk meninggal solat fardhu selepas ini.
Menurut Naim, kaedah ini juga mungkin boleh cuba digunapakai oleh mana-mana individu yang mengalami masalah sama sepertinya.
“Untuk orang yang solat kejap ada kejap tak macam aku ni, aku dah jumpa one way untuk buat kita tak tinggal solat,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Purnama itu menerusi sebuah ciapan yang dikongsikan di Twitter pada Ahad.
Jelasnya lagi, dia mencadangkan kepada para pengikutnya untuk menimbulkan rasa resah dan berusaha untuk menyegerakan solat di awal waktu.
“Kau kena create that urgency untuk solat, cuba timbulkan rasa resah bila kalau tak solat tu. Rasa macam alah sayangnya kalau tinggal. So far aku rasa jadi,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
“Bila kita anggap Allah jadi teman kita, that “personal connection” yang luar daripada komprehensi orang lain tu, kita je yang rasa. Manis rupanya.
“Dan selama ni rupanya, Dia jaga je kita, Kita je sibuk jaga benda lain,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong cara tersebut selain turut memuji usaha Naim yang menitikberatkan mengenai perlaksanaan solat fardhu dikalangan para pengikutnya.
“Saya setuju. Mungkin saya boleh tambah 1 perkara lagi. Cuba untuk tidak tinggalkan solat Subuh. Insya Allah, kita akan rasa rugi untuk tinggalkan solat fardhu yang lain bila kita sudah sempurnakan solat Subuh. Jom kita sama-sama perbaiki ibadah kita Ramadhan ini.
“Bagi aku, wujudkan rasa bersyukur. Kita hidup dgn oxygen siapa, bumi siapa, ciptaan siapa. Dgn apa cara kita nk membayarnya? So bila tak solat tu, rasa tak bersyukur. Tak hargai dgn apa yg kita ada. Segan. Itu cara aku lah.
“Semoga Bro Naim diberi kekuatan utk terus istiqomah insha Allah. Sama-sama ambil kesempatan bulan Ramadan untuk memperkukuh iktiqad kita. Allah luv you bro.
“Agree. i start solat penuh beberapa tahun lalu masa bualan puasa. Selalu fikir, kalau tak solat membazir je penat puasa tapi tak dapat pape. Alhamdulillah sampaii sekarang consistent,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini ciapan tersebut telah pun meraih hampir 10,000 ulang ciap dan lebih 20,000 tanda suka.
Dalam perkembangan lain, Naim baru sahaja pulang daripada tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!