Menerusi perkongsian di Instagram, pengasas kosmetik sensasi, Datuk Syukri Aliff Syukri ada berkongsi sepotong video pendek perihal kunjungannya ke sebuah butik terkemuka.
Kisahnya, penyanyi Abang Nak Tegur itu ada mengisi masa di butik mewah, Versace bagi mencari dan memilih beg tangan sebagai suatu bingkisan hadiah buat isteri tersayang, Datin Seri Nur Shahida Rashid.
Meski tidak kisah mengenai rekaan dan jenama, Aliff bagaimanapun cuba memilih hanya yang terbaik buat isteri, sebagaimana yang dikatakannya menerusi video ini;
“Confius.. tolong pilihkan… warna mana paling lawa utk .. sy beli utk wife sy?? nak buat suprise walapun dia x suka saya sukaa..
“Saya nak belikan 2 beg jee.. tpi 3 beg ni lawa smuaa disebbkan wife sy jenis x kesah sy amat suka kalau dia nampak class jadi beg kena class sesuai dgn saya.. biasanya saya belikan 3bulan 2beg,” tulisnya di ruangan komen.
Ads
Yang penting, menerusi perbualannya bersama pekerja butik turut tertumpu kepada harga bagi seunit big yang dipilih, hingga ada yang mencecah sekitar RM14,300!
Penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu memohon doa yang baik-baik susulan timbul khabar angin yang mendakwa dan pasangan yang juga Penerbit Eksekutif sebuah stesen televisyen, Sufian Isa bakal bernikah 16 September depan.
Mengharapkan agar segala perancangan berjalan dengan baik, bintang itu bagaimanapun akui bakal berkongsi mengenai perkara tersebut di dalam satu acara istimewa yang akan dilangsungkan pada 21 Ogos ini.
“Macam yang pernah saya kongsikan, soal persiapan ini tak boleh terburu-buru. Saya juga akan berkongsi mengenai berita gembira ini jika semuanya sudah siap.
“Untuk masa sekarang, alhamdulillah perkara dan bahagian penting sudah siap. Tinggal lagi beberapa perkara kecil seperti barang hantaran.
“Saya kalau boleh memang nak ikut cara orang dulu-dulu yang mana beli barang mengikut pilihan kita yang dirasakan sesuai dan kesukaan pasangan itu. Tidak mahu keluar bersama pergi cari barang, walaupun dia ajak saya.
“Jadi, kalau nak tahu apa yang saya suka dia akan bertanya kepada orang terdekat saya. Begitu juga sebaliknya,” katanya lagi.
Terdahulu pada April, Mas Idayu mendedahkan dirinya bakal berkahwin dengan Sufian Isa pada September depan, namun tarikhnya belum pun lagi dapat dikongsikan.
Menerusi pendedahan sama, Mas Idayu akui sudah saling mengenali Sufian sejak program Mentor 3 pada 2008 cuma baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu.
Kemudian, pada Mei lalu Mas Idayu sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarga Mas Idayu di Kota Tinggi, Johor.
Selepas memutuskan untuk berdiam diri, pelakon Hun Haqeem akhirnya memberikan kenyataan berhubung pendedahan bekas pihak pengurusannya, MIG dan penerbit, David Teo yang menuntut lebih RM600,000 sebagai ganti rugi berikutan tindakannya menamatkan kontrak lebih awal.
Menurut Hun, dia mahu menyelesaikan isu ini secara dalaman kerana tidak mahu mencalarkan nama baik industri seni tanah air.
“Saya dapat tahu hal ini daripada media sosial. Ada orang bagitahu yang David Teo ada berikan kenyataan. Saya sebenarnya tidak mahu memberikan sebarang respon.
“Hal ini telah berlaku sejak 2020. Ia bermula ketika PKP. Ketika itu, ramai terkesan dari segi mental dan fizikal.
“Saya tak mahu musnahkan keindahan industri seni kita. Ada banyak lagi kejayaan yang anak seni sudah capai.
Kami juga aktif buat kerja kebajikan.
“Dunia kini sudah dipenuh banyak perkara tak elok seperti PKP dan kemelut di Gaza.
Saya tak nak tunjuk perkara tak elok lagi,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Kampung People itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana Program Ramadan Astro 2024 yang berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pada masa sama, Hun akui terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh pihak bekas pengurusannya itu.
“Saya terkejut juga sebab kes ini berlaku sejak tahun 2020. Sewaktu pusingan pertama, keputusan memihak kepada saya dan saya tak buat sebarang kenyataan.
“Bila pihak di sana beri kenyataan sebegitu? Saya tertanya-tanya kenapa dia buat sebegitu? Apapun, itu bahagian dia dan saya tak boleh nak komen apa-apa.
“Proses mahkamah sedang berlangsung. Saya tak mahu berikan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan prejudis.
“Kedua-dua kami pun sudah dewasa. Pihak saya masih menunggu keputusan akhir pada bulan Oktober nanti,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, dia juga terbuka untuk berdamai dengan pihak pengurusan lama selain turut berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik.
“Kalau saya berjumpa David Teo di mahkamah, saya akan bersalaman dia. Saya okay sahaja dengan dia dan tidak menyimpan sebarang dendam.
“Pada akhirnya, industri kita kecil sahaja. Saya selalu percaya yang kita tidak boleh berbuat jahat pada orang lain. Kita akan berjumpa mereka semula.
“Sudah tentu saya nak selesaikan perkara ini dengan baik. Saya akan turut sahaja apa perintah mahkamah dan peguam,” akhirinya.
Terdahulu, penerbit, David mendedahkan mengenai kemenangannya atas kes saman terhadap Hun dan pelakon itu diperintahkan membayar sejumlah ganti rugi sebanyak RM613,950.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan duet, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin melihat perkahwinan pada usia muda bagi mengelakkan masalah sosial dan maksiat sebagai antara sesuatu yang mungkin wajar dilakukan.
Bagaimanapun bagi Nuha, 22, atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin, golongan remaja perlu sebaiknya bersedia dalam banyak perkara terlebih dahulu sebelum memikirkan soal komitmen perkahwinan.
“Saya tiada masalah andai ada yang merancang untuk kahwin awal bagi mereka yang dah bersedia. Cuma bagi mereka yang berusia bawah 18 tahun mungkin kena fikir. Bagi saya secara peribadi, saya agak pentingkan soal pendidikan.
“Cuma kalau rasa sudah bersedia untuk berkahwin, sebaiknya atas persetujuan keluarga. Yang penting, lebih baik tamatkan pengajian terlebih dulu kemudian barulah fikir mengenai hala tuju seterusnya,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai isu sosial membabitkan remaja ketika ini, Nuha tidak menafikan perkembangan teknologi jadi antara faktor berlaku andai disalah gunakan.
“Kalau bercakap mengenai gejala sosial, apa yang saya nampak ialah cara penggunan telefon bimbit yang tidak baik. Kita sekarang terdedah dan akses untuk menonton apa sahaja jadi lebih mudah sekiranya ada telefon (pintar). Semuanya di hujung jari.
“Jadi pemantauan penjaga adalah penting selain mereka (penjaga dan anak) lebih terbuka untuk berkomunikasi dalam hal berkaitan perhubungan dan sebagainya.
“Saya sendiri kerap berkongsi dan bertanya dengan ibu soal perhubungan. Dia faham seterusnya memberikan nasihat andai ada perkara yang kurang manis saya telah lakukan,” katanya.
Terdahulu, Nuha dan Naufal ditemui pada Sidang Media Pelantikan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin selaku duta Ekspo Perkahwinan Ijab & Qabul 2022, di Kelana Jaya, baru-baru ini.
Sementara itu, Naufal, 23, pula berpendapat tidak salah untuk bertanya mengenai hal perkahwinan kepada golongan yang lebih berpengalaman misalnya dalam soal persediaan kewangan, mental dan fizikal.
“Saya setuju saja kahwin muda tapi kena betul-betul bersedia. Bersedia dari segi kewangan, dalaman dan fizikal. Kita ni nak kahwin dengan anak orang. Selepas itu, budi bicara dengan orang macam mana kena jaga juga.
“Saya bukan tak sedia (kahwin), tapi masa itu belum tiba lagi. Saya nak utamakan keluarga dulu. Kawan lelaki saya ada yang umur 22 dan sebaya saya pun ada yang dah kahwin. Mereka okay saja,” katanya.
Sementara itu, pasangan duet ini turut terharu apabila pemilihan mereka sebagai duta eskpo perkahwinan tersebut susulan lagu Casablanca yang turut menjadi pilihan pemain industri perkahwinan.
“Tidak dinafikan single tersebut menjadi lagu paling kerap digunakan dalam kalangan pemain industri perkahwinan pada masa ini. Ia sekali gus memberikan inspirasi untuk meraikan dan merancakkan lagi industri perkahwinan yang sudah lama sepi akibat dari pandemik Covid-19,” ujar Nuha.
Ekspo Perkahwinan Ijab & Qabul 2022 yang bakal berlangsung pada 23 hingga 25 September ini di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam itu bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti pentas seperti forum, persembahan band, bengkel perkahwinan selain penampilan selebriti dan influencer terpilih.
Ekspo tersebut juga turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan beberapa perancangan sudah pun diatur demi memastikan kemeriahan sepanjang ekspo berlangsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...