Menerusi perkongsian di Instagram, pengasas kosmetik sensasi, Datuk Syukri Aliff Syukri ada berkongsi sepotong video pendek perihal kunjungannya ke sebuah butik terkemuka.
Kisahnya, penyanyi Abang Nak Tegur itu ada mengisi masa di butik mewah, Versace bagi mencari dan memilih beg tangan sebagai suatu bingkisan hadiah buat isteri tersayang, Datin Seri Nur Shahida Rashid.
Meski tidak kisah mengenai rekaan dan jenama, Aliff bagaimanapun cuba memilih hanya yang terbaik buat isteri, sebagaimana yang dikatakannya menerusi video ini;
“Confius.. tolong pilihkan… warna mana paling lawa utk .. sy beli utk wife sy?? nak buat suprise walapun dia x suka saya sukaa..
“Saya nak belikan 2 beg jee.. tpi 3 beg ni lawa smuaa disebbkan wife sy jenis x kesah sy amat suka kalau dia nampak class jadi beg kena class sesuai dgn saya.. biasanya saya belikan 3bulan 2beg,” tulisnya di ruangan komen.
Yang penting, menerusi perbualannya bersama pekerja butik turut tertumpu kepada harga bagi seunit big yang dipilih, hingga ada yang mencecah sekitar RM14,300!
Lalu, rata-rata netizen memberikan pandangannta terhadap video tersebut dan ada di antaranya dibalas usahawab terbabit.
Foto: Instagram Aliff Syukri