Setiap individu pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing. Misalnya pelakon cantik, Nelydia Senrose yang rupa-rupanya mempunyai masalah fobia dengan ketinggian.
Menerusi IG Stories di Instagramnya, difahamkan Nelydia ada melakukan sesi photoshoot di salah satu bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa khusus bagi mendapatkan latar belakang bandar indah di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, dek fobia sehingga tidak boleh berdiri gara-gara gayat kerana difahamkan berada pada ketinggian bangunan pada aras 148 tingkat itu, pelakon Cinta Tiada Ganti itu mulai ketakutan!
Tidak mahu patah semangat, Nelydia tetap memberanikan diri meneruskan photoshoot tersebut dan mahu berdiri, namun perasaan gayatnya itu tidak dapat dikawal, sebaliknya dia hanya mampu duduk secara bersimpuh sambil menangis.
Selang beberapa ketika, adik kepada Uqasha itu dilihat tersandar pada sebatang tiang di suatu sudut bangunan tertinggi itu.
Aduhai, tak sangka Nelydia ni seorang yang gayat dan takut akan ketinggian, kan?
Foto: Insta Stories Nelydia Senrose