[VIDEO] “Sampai Hospital Doktor Check Dah 5cm, Terus Suruh Tukar Baju Dan Keluarlah…,” – Memey Suhaiza

Share

Bagi setiap insan bergelar seorang ibu sudah pasti akan merasai perasaan yang sama dirasai oleh pelakon Memey Suhaiza.

Cuma mungkin pengalamannya berbeza di antara para ibu lainnya.

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi ada memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.

Rakaman video tersebut telah memaparkan proses kelahiran anak ketiganya, Mikayla sebelum dilahirkan.

“Suara @mikayladelishahakim saat lahir Sorrylah..Hari ni mmg pasal mikayla je k..Hari yg sama (12/7/2018) Tahun lepas..

“Masa ni tgh raya lagi..Nak pergi open house..Ada mcm darah sikit..Tapi tak sakit apa2..Suami push nak trs ke hospital..

“Sy cakap nak g open house dulu sbb tak rasa ap2..nak makan dulu Sampai hospital Dr.zarina check dah 5cm..

“Terus suruh tukar baju..Siap2 & keluarlah mikayla…Alhamdulillah syukur dipermudahkan sgt…
Mengandung mikayla mummy ligat sangat aktif sampai lah 9 bln sbb mummy takde alahan..

“Terima kasih anak Hadiah terindah utk mummy..Allah dengar doa mummy nak baby girl..Alhamdulillah…

“Terima kasih cinta hati mummy papa ,anak bertuah penambah seri bahgia,pembawa rezeki We love u so much…,” tulisnya.

Untuk rekod, Memey sah bergelar isteri kepada pelakon Norman Hakim dengan sekali lafaz pada tahun 24 September 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4 dan Mikayla Delisha Hakim, 1.

Video : Instagram Memey Suhaiza

Published by
Nazar Rafiqhi