Kecoh di laman sosial semalam apabila seorang lelaki dikenali sebagai Edi Rejang telah memaki hamun seorang jurujual berbangsa Cina ketika mempromosikan minuman keras. 

 Kejadian berlaku di pasar raya Ampang apabila Edi mengeluarkan kata-kata kesat terhadap jurujual itu yang sedang mempromosikan minuman keras di rak jualan bir di bahagian barangan tidak halal.

Perkara itu telah menimbulkan rasa tidak selesa banyak pihak yang menganggap Edi bersikap perkauman dan mendesak jurujual itu untuk bercakap dalam bahasa Melayu kerana katanya ini adalah ‘Bumi Melayu’.

Ads

Bagaimanapun, Edi telah memohon maaf secara terbuka apabila dia merakam video berdurasi 40 saat.

Ads

“Saya yang dikenali sebagai Edi Rejang, ingin membuat permohonan maaf secara terbuka, kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada ‘promoter’ perempuan tersebut.”

“Saya akui kesalahan saya, dan amat menyesal atas tindakan saya terhadap ‘promoter’ tersebut, Saya berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi oleh mana-mana pihak memandangkan saya telah bertemu dengan YB Lim Lip Eng, Ahli Parlimen DAP dan telah membuat permohonan maaf kepada pihaknya,”

Ads

“YB Lim juga mengatakan, akan membuat satu perjumpaan, dengan promoter perempuan tersebut secepat mungkin, sekian terima kasih,”, katanya. 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI