Pelakon Shakilla Khoriri kini sedang menjalani tempoh berpantang selepas kelahiran bayi sulung, Ameena Sofia minggu lalu.
Lantas, suaminya, Fizi Ali telah membuat kejutan dengan memberi hadiah buat isteri tercinta.
“Kita sebagi suami,kadang2 kena bg suprise kat isteri..walaupun tak seberapa,atleast ada kan..harap awak suka @shakillakhoriri,” tulisnya.
Kisahnya, setelah empat lapisan bungkusan yang dibuka Shakilla, dia terkejut apabila Fizi menghadiahkan sekotak telefon bimbit,iPhone.
Bagaimanapun, sejurus sahaja Shakilla membuka kotak tersebut dengan wajah yang terharu,namun ia hanyalah kotak kosong yang mahu dikenakan suaminya itu.
Kemudian, Shakilla membaling kotak tersebut ke arah Fizi sebagai tanda ‘geram’ dan tidak puas hati.
Aduhai, kesian Shakilla dalam keadaan berpantang pun Fizi masih boleh gurau dengan isterinya.
Pada pendapat korang,situasi ini sweet atau sebaliknya?
Video : IG Fizi Ali