Baru-baru ini, tular sepotong video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan pelawak Man Pos seakan-akan meluahkan isi hatinya.
Video berkenaan mendapat perhatian ramai dan ada yang menganggap Man seakan kecewa kerana tidak dipilih untuk terlibat di dalam program sitkom popular, Sepahtu Reunion Live musim ini.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Man memaklumkan dirinya memang ada meletakkan harapan namun, dia akui Sepahtu berhak membuat penilaian sendiri.
“Ramai yang minta saya bersabar dan katanya mereka tahu saya nak tujukan video itu kepada siapa. Saya pun pelik kerana video tersebut dibuat secara rawak sahaja.
“Rupanya mereka kaitkan video tersebut dengan program Sepahtu Reunion Live.
“Bagi saya, Sepahtu ada penilaian mereka sendiri walaupun mereka kerap mengusik dan mengatakan saya bakal menjadi ahli tetap.
Ads
“Selepas mereka kata sebegitu, saya pun dah berangan-angan. Mesti seronok dapat sertai mereka setiap minggu dan saya boleh kembangkan bakat serta idea untuk memberikan persembahan terbaik,” katanya kepada MH.
Juara Raja Lawak musim ke-5 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Zim Zim Ala Kazim, baru-baru ini.
Pada masa sama, Man akur dengan keputusan Sepahtu yang lebih memilih beberapa orang Tik Tokers untuk terlibat dengan program mereka musim ini.
“Bila mereka mengambil empat orang Tik Tokers, ada pula yang kata, apa salahnya mereka selitkan nama saya seorang. Padahal nama saya sudah selalu disebut-sebut.
Ads
“Pada saya, rezeki sudah tertulis sebegitu. Takkanlah kita nak paksa orang. Kalau mereka rasa cara begitu lebih baik, teruskan sahaja.
“Saya akui memang meletakkan harapan untuk sertai Sepahtu. Nama mereka sudah besar. Dulu kita ada Senario, kini ada Sepahtu.
“Kalau saya sertai Sepahtu, tawaran kerja tidak akan terhenti di situ sahaja. Ia secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia pernah berbincang secara peribadi bersama kumpulan Sepahtu untuk menyertai program mereka, Man memaklumkan dirinya percaya dengan aturan Allah SWT.
Ads
“Saya bukanlah ego tapi ada harga diri. Kalau berjumpa, kita borak seperti biasa. Kalau mereka buat diam, takkan saya nak tanya pula. Saya ni juara Maharaja Lawak 2019 dan Raja Lawak 2005.
“Bila Allah nak bagi kita sesuatu perkara, itu adalah benda baik. Kalau Allah tak bagi, itu bermakna Dia nak bagi hal yang lebih baik.
“Saya reda dan positif. Video yang saya buat itu sekadar konten sahaja. Kalau berkait pun hanya kebetulan sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, Man merupakan salah seorang pelakon yang membintangi filem terbaharu arahan Asmawi Ani yang berjudul Zim Zim Ala Kazim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Puteri Sarah Liyana menasihati sahabatnya, Bella Astillah untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap anak-anak meskipun kini didalam proses penceraian dengan suami Aliff Aziz.
Puteri Sarah berkata, ketika ini, Bella tidak seharusnya membuang tenaga memikirkan isu yang akhirnya membawa kemudaratan kepada dirinya.
“Kita ada anak. Jadi, kita fokuskan energi kita kepada anak-anak. Jangan fikir fasal benda lain kerana ia akan menjatuhkan kita.
“Berikan keutamaan kita kepada anak-anak. Bila kita ada anak-anak, kita ada segala-galanya,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Hijrah Jannah itu berkata sedemikian ketika ditemui di masjlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan, Mask Team di ibu kota pada Khamis.
Pada masa sama, Puteri Sarah turut berkongsi keadaan Bella yang tampak ceria sewaktu mereka bertemu di beberapa acara di Brunei dan Singapura.
“Pada awalnya, dia seperti menyembunyikan masalahnya.
Ketika kami berjumpa, dia nampak sangat gembira dan ceria.
“Kita tak nampak kesedihan dia. Cuma dia kata, dia perlukan semangat saya.
“Sebagai kawan, kita tahu dia ada masalah tapi saya tidak mahu terlalu menekan untuk bertanyakan keadaannya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Puteri Sarah menafikan dirinya ingin memcampuri urusan Bella sebaliknya dia hanya mahu memberikan sokongan buat sehabat baiknya itu.
“Sebagai kawan, kita tahu dia ada masalah tapi saya tidak mahu terlalu menekan untuk bertanyakan keadaannya.
“Kalau dia nak cerita, saya akan sentiasa mendengar. Kalau dia tak cerita, saya juga tak mahu bertanya. Saya tak mahu ganggu hal privasi Bella.
“Saya bukan bertindak berlebihan cuma saya terkesan sebab Bella sangat dekat dengan saya,” akhirinya.
Terdahulu, Sarah sebagai rakan baik Bella mendedahkan Bella kerap menangis dan mengadu masalah dengannya sehingga dia terkesan dengan isu sensasi tersebut.
Sarah juga menerusi Instagram memaklumkan mengetahui kronologi kemelut rumah tangga antara Bella dan suaminya.
11 Mac lalu, Bella memfailkan permohonan perceraian terhadap suami, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Tuntutan tersebut dipercayai berpunca daripada dakwaan suaminya ditangkap
khalwat dengan aktres, Ruhainies di sebuah kondominium di sini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ozlynn Wati tampil menjelaskan mengenai video yang memaparkan aktiviti berbasikalnya yang dikongsikan di ruangan Instagram stories.
Video berkenaan difahamkan telah mencetuskan spekulasi oleh segelintir wargamaya yang mendakwa Ozlynn melakukan aktiviti tersebut ketika masih di dalam tempoh berpantang.
Lalu, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan itu menjelaskan perkongsian tersebut sebenarnya merupakan video lama yang dirakam kira-kira setahun yang lalu.
Menurutnya, aktiviti kayuhan yang dijalankan di lokasi popular, Genting Sempah itu merupakan antara pencapaian yang paling membanggakan buat dirinya memandangkan pada ketika itu, dia baru sahaja belajar untuk berbasikal secara serius tidak sampai satu bulan.
“Sangat perihatin rakyat Malaysia. Di video basikal tu pun dah ada ayat ‘baru semalam kayuh, tahu-tahu dah setahun’. Bermaksud video tu dah setahun.
“Maksud tempoh ayah ‘sebulan’ tu, dalam tempoh belajar kayuh tak sampai sebulan, dah mendaki bukit tinggi-tinggi,” tulisnya.
Penjelasan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Bukan Gadis Biasa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, meskipun dia kini sudah mempunyai enam orang cahaya mata, namun, dia tetap amat menitik beratkan mengenai soal berpantang dan penjagaan badan.
“Saya ni baru je pantang 18 hari tak sampai sebulan lagi. Nak kayuh apanya. Dengan kepala berpilis, perut berbarut 20 meter panjang dan ada ketika masih berkain batik. Mana mahunya kayuh.
“InsyaAllah sekalipun anak dah masuk enam, saya masih tahu menjaga diri. Anyway, terima kasih pada yang mengambil berat dan pada yang tak tahu situasi, belajar husnuzon ye,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Ozlyn turut berharap agar orang ramai tidak lagi membuat sebarang spekulasi dan sebaiknya bertanyalah dahulu sekiranya terdapat sebarang kekeliruan.
Terdahulu, Ozlyn baru sahaja selamat menimang cahaya mata keenam pada tanggal 3 September lalu.
Sekadar informasi, Johan dan Ozlyn telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Julai 2009.
Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.
Sumber: Instagram Ozlyn Wati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam menyifatkan setiap individu berhak untuk memberikan pandangan dan menginterpretasi filem lakonannya berjudul La Luna yang didakwa mempunyai unsur ‘soft porn’ dan menghina golongan agama.
Menurut Sam, dia enggan terlalu lantang untuk bercakap mengenai isu ini kerana tidak semua pandangan akan diterima oleh masyarakat.
“Ada sebab mengapa saya tidak mahu terlalu menghebah-hebahkan atau memberikan pandangan berkaitan isu ini. Pada saya, pandangan manusia itu berbeza-beza.
“Ustaz dan pendakwah pun ada pandangan yang berbeza. Jadi, mana satu kita nak dengar?
“Kalau bercakap soal nawaitu mengapa kita lakukan sesuatu perkara, hanya Allah sahaja yang tahu.
“Saya ada pendirian sendiri dan saya tahu tujuan saya melakonkan filem tersebut,” katanya kepada MH.
Suami kepada pelakon, Syatilla Melvin itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana Program Ramadan Astro 2024 yang berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.
Bagaimanapun, Sam tetap menerima setiap pandangan dengan hati yang terbuka.
“Segalanya berbalik kepada manusia itu sendiri tentang bagaimana dia mahu kaitkan filem ini dengan orang luar, diri sendiri atau agama.
“Itu hak masing-masing dan saya terima pandangan semua pihak,” ulasnya lagi.
Jelas Sam lagi, ketika isu ini tular, dia sedang menunaikan umrah di Mekah.
Malah, dia juga sempat bertanya dengan beberapa ustaz di Tanah Suci dan ternyata mereka memiliki pandangan berbeza.
“Saya ada berborak dengan ustaz-ustaz di Mekah. Mereka sudah menonton dan tidak melihat sebarang masalah.
“Sebab itu saya katakan, ada ustaz yang akan bercakap tentang pandangan dia dan ada juga ustaz yang berikan pandangan lain.
“Kerana itu juga saya tidak mahu memberikan pandangan sebab ia mungkin tidak diterima individu lain.
“Terpulanglah pada hati mereka nak meletakkan hukum filem ini di mana,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Sam menyifatkan filem ini mempunyai jalan cerita dan mesej yang baik untuk disampaikan kepada penonton.
“La Luna ini merupakan salah satu filem kesukaan saya. Fikiran saya tidak sampai ke tahap liberal atau mengetepikan agama.
“Saya tak anggap begitu kerana saya beragama Islam. Segalanya berbalik kepada pandangan individu,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!