Pelakon Fasha Sandha ada berkongsi video di akaun Instagramnya beberapa minit lalu.
Video tersebut memaparkan sedutan perbualan antara Fasha dengan penyanyi dangdut, Amelina di dalam sebuah bilik.
“Ya saya sedih nak tinggakkan title janda.
Janda VS Anak Dara?,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.
Perbualan santai antara mereka adalah berkaitan dengan status wanita yang bergelar ibu tunggal atau janda.
“Kak Long, sebenarnya rasa sedih nak tinggalkan tittle Janda.. kan nak kahwin balik dah kan sebab janda sekarang ni dipandang tinggi..
“Org tak pandng hina dah dengan janda, dorang padang tinggi.. sebab zaman dah moden.. Sebab janda lagi cantik dari anak dara.. sekarang ni Fasha sedih nak tingglakan tittle janda tu,” mengadu Fasha pada Amelina.
Lantas, penyanyi lagu Janda Anak Enam itu memberi semangat kepada tunang Aidil Aziz itu.
“Yelah, bila tittle janda tu, kita rasa bebas nak g mana, nak buat apa pun.. tapi bila kita dah dpt yang terbaik, kita kenalah jadi dan jaga yg terbaik,” pesan Amelina atau mesra dengan panggilan Kak Long
Sementara menerusi ruangan komen pula, netizen telah memberikan pendapat yang pelbagai terhadap video tersebut.
Difahamkan, Fasha akan mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan, Aidil Aziz tidak lama lagi.
Pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan November tahun lalu.
Video : Instagram Fasha Sandha