Sudah sembilan hari penyanyi Nourul Depp menzirahi ibu dan bapa mertuanya di Perancis, kini tiba masanya untuk mereka pulang ke tanah air.
Lantas, penyanyi lagu Kerana Terluka itu telah berkongsi sepotong video yang memaparkan aksi ibu dan bapa mertuanya yang sedang berlari anak sambil melambai dua orang cucu kesayangannya itu.
“Nah saja kupas bawang lagi hari ni…. rindu pulak kat ibu dan Bapak mertua ku.
“Part last tu kami dah terdiam sebba nangis dah,” tulis Nourul.
Susulan itu, netizen turut berasa sebak melihat aksi bapa mertua Nourul seolah-olah berat untuk meninggalkan cucunya itu.
Untuk rekod, Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp berkahwin pada Jun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp,5 tahun, Raphel Depp,3 tahun dan Ayu Nazirah, 20 tahun (hasil perkahwinan terdahulu).
Nourul ketika ini sedang sarat hamil anak keempat dan sudah memberikan nama pada kandungannya itu, Isabella Depp.
Video: Instagram Nourul Depp