[VIDEO] “Sekelip Mata Jadi Anak Yatim Piatu,”- Pilunya…Cuci Luka Mangsa Gempa, Aksi Ardell Aryana Jentik Emosi

Share

Mencecah hari kelima dalam misi bantuan kemanusiaan di Sulawesi Tengah Indonesia, Ardell Aryana dapat merasakan suasana pilu yang menimpa masyarakat di sana.

Malah, Ardell juga ada berkongsi video di Instagramnya yang memaparkan dia sedang mencuci luka seorang kanak-kanak lelaki bernama Daus yang cedera dalam tragedi gempa bumi.

“Anak yang bersama saya ni nama dia “ DAUS “ . Adik ni sangat trauma, dia tak bercakap dengan orang , tapi yang keluar dari mulut dia selalu bercakap “ boleh bawak ke pantai ? “ dia ingin selamat kan mak & ayah dia.

“Sebenarnya mak & ayah nya tak sempat diselamat kan waktu gempa terjadi . Jasad ayah nya di temui tetapi badan tertimbus dalam tanah tinggal hanya bahagian kepala . Ibu adik ini sempat menjerit “ saya masih hidup tolong saya !!!

“Tetapi pakcik adik ini sempat selamat kn daus dan adik nya sahaja .. sambil Daus teriak “ IBU KU IBU KU !!! “ saya mau selamatkan ibuku ..abang daus juga sama hilang tanpa jasad termasuk ibunya masyallah, tulis Ardell panjang lebar.

Lebih pilu, apabila Daus telah kehilangan ibu bapanya yang terkorban dalam tragedi gempa tersebut.

“Adik daus ni jadi anak yatim piatu dengan sekelip mata di depan mata dia . Harini daus luka di lutut , disini gegaran masih berlaku cuma beza gegaran itu tidak mencecah 5 .. Walaupun 3.8 gegaran beberapa saat bagi saya kuat di kawasan ini .

“Sebab desa ini memang titik Gempa .. walaupun lari jauh dari tempat kejadian tapi masih rasa kuat walau sekejap & tiap kali itu penduduk sini trauma .

“Semoga Allah merahmati dan melindungi penduduk di donggala barat , sulawesi tengah . Esok akan ke rumah sementara buat penduduk lain yang tiada tempat tinggal,” kongsi Ardell. 

Dalam pada itu, Ardell memaklumkan bahawa bantuan boleh disumbangkan melalui bank dibawah.

“Misi @ydkmm_official di terus kan semoga semua nya di permudahkan walaupun tadi saya sendiri melalui saat gempa walau sekejap bergoyang lutut saya ,bayangkan mereka.

“Sebarang wang ringgit yang ingin diwakaf kan kami terima untuk makanan, tempat tinggal, surau, perubatan, telekung,sejadah dan sebagai nya .. dan yang utama sumber makanan & air sangat kurang disini. 14Hari sebelum Ramadhan… saluran boleh di buat di CIMB Islamic @ydkmm_official : 8603534593,”tulis Ardell.

Video : IG Ardell

Published by
Amynur Akmal