
Pelakon, Emma Maembong telah menyambut hari lahirnya yang ke 27 tahun semalam.
Susulan itu, kakaknya, Beby Maembong ada berkongsi video di laman Instagramnya yang melihatkan gambar throwback zaman muda-mudinya bersama adik kesayangannya itu.
“Happy 27 birthday to my dear little sister.. My little ariel @emma_maembongofficial,” tulisnya.
View this post on InstagramHappy 27 birthday to my dear little sister.. My little ariel @emma_maembongofficial. . .
A post shared by MERMAID LOVER ??♀️ (@beby_maembong) on
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap perubahan mereka berdua kini.
Malah, Emma juga telah membalas komen tersebut.
Alahai, comel sungguh adik- beradik ini kan? Apa-apa pun selamat hari jadi buat Emma!
Video : IG Beby Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Raja Shahiran Mahu Siap Sedia Belum Nikahi Uyaina Arshad – Perkahwinan Bukan Setakat Majlis Saja, Tapi…”

Penyanyi, Raja Syahiran mendedahkan dia sebolehnya mahu menamatkan zaman bujang dengan kekasih hati yang juga pengacara Uyaina Arshad secepat mungkin.
Bagaimanapun, dia dan pasangan perlu mempersiapkan diri terlebih dulu sebelum menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri.
Memetik Harian Metro, Syahiran berkata, banyak faktor yang dilihatnya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
“Perkahwinan bukan setakat majlis perkahwinan saja, tetapi kehidupan selepas bergelar suami juga adalah tanggungjawab besar. Ekonomi dalam situasi pandemik seperti sekarang sedikit sebanyak memang terjejas.
“Jadi, saya perlu menstabilkan dulu ekonomi saya kerana saya perlu memikirkan juga mengenai tanggungjawab dan tanggungan saya bukan saja sebagai suami, tetapi juga sebagai anak kepada ibu bapa saya.
“Jadi, saya nak siapkan fizikal, mental dan juga kewangan terlebih dahulu,” katanya.
Ditanya sama ada dia dan Uyaina sudah menetapkan tarikh perkahwinan, Syahiran memilih untuk tidak mendedahkannya.
“Kami akan umumkan nanti. Kalau boleh, secepat mungkin dan kalau diizinkan dalam tahun ini, maka kami akan melangsungkannya tahun ini,” katanya.
Syahiran juga cuba sebaik mungkin untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana tidak mahu timbul isu-isu lain selepas majlis.
“Kami nak perkahwinan kami diiringi doa yang baik-baik daripada orang ramai. Kalau boleh, kita lihat contoh perkahwinan selebriti yang berlaku dan mendapat pelbagai kecaman masyarakat.
“Jadi, kalau boleh saya tak mahu berlaku sebarang salah faham atau apa-apa isu selepas majlis,” katanya lagi.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takde Cerita Sedih Nak Kongsi Dengan Korang…,”- Harap Dipertemukan Semula Di Syurga, Aril Pilus Titip Ucapan Hari Lahir Ke-41 Buat Arwah Abang, Izwan Pilus

Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus ada menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran abangnya yang juga merupakan seorang penyanyi, Allahyarham Izwan Pilus.
Menurut Aril, sekiranya abangnya itu masih hidup, dia kini telah pun menjangkau usia 41 tahun.
Penyanyi lagu Menatap Matamu itu turut mendoakan semoga abangnya itu sentiasa dibawah lindungan Allah SWT selain turut berharap agar mereka dapat dipertemukan semula di akhirat kelak.
“Selamat ulang tahun yang ke 41 tahun Abang Wan Kutek! Tua dah kau yeh! Aku doakan semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt.
“Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan moga Allah swt satukan semula keluarga kita di syurga Allah swt suatu hari nanti, amin. aku sentiasa doakan kau tenang,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program CCTV itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Aril turut mendedahkan dia tidak mahu terlalu bersedih kerana hari kelahiran ibu serta anak lelakinya turut jatuh pada hari yang sama.
Sementara itu, Aril turut berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa buat arwah abangnya itu.
“Takde cerita sedih nak cerita dengan korang semua kali ni sebab harini jugak hari lahir mak saya @hajahnormahabd dan anak saya #TunAdrielMikael.
“So today nak happy-happy je nak share gambar koleksi arwah #IzwanPilus yang ada dalam library. Ni gambar 2006, Photoshoot untuk cover album ‘Erti Kasih’.
“Hah tu je lah! Kang aku tulis panjang, menangis lak nanti so! Thanks like and comment, kite sedekah Al-Fatihah sama-sama ye. terima kasih semua.
“Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja,
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu selain turut mendoakan semoga arwah Izwan ditempatkan dikalangan orang beriman.
Terdahulu, Izwan yang popular menerusi lagu Kembali Senyum telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah.
Sumber: Instagram Aril Pilus
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Bertemakan Jawa, Ini Photoshoot Comel Anak Mawar Rashid, Raden Rafael

Comel dan manja. Itu yang dapat diungkapkan sebaik sahaja melihat sesi photoshoot anak pelakon Mawar Rashid iaitu Raden Muhammad Rafael.
Raden dilihat tenang dan sedang lena diulit mimpi tampil comel mengenakan tema berunsur Jawa.
View this post on InstagramMy baby Raden ❤️ @radenrafaelraf Thank you @tinywinyphotography
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Dalam pada itu, Raden yang comel bersinglet putih dan blangkon (songkok) kelihatan tenang dan tidak banyak meragam, sebaliknya dia sentiasa tersenyum tatkla gambarnya dirakam menerusi lensa kamera.
View this post on InstagramBehind the scene of his @radenrafaelraf photoshoot. Thank you @tinywinyphotography ?
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Terdahulu, Raden dilahirkan seberat 3.4kg jam 11:33 malam di sebuah hospital swasta.
Foto : IG Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI