Belum pun sampai 24 jam klip video single terkini berjudul Pipiyama dari Shiha Zikir dilancarkan, namun ada netizen yang seakan terkejut apabila babak seorang model lelaki separuh bogel yang sedang memakai baju ditayangkan.

Babak teaser selama beberapa saat itu menjadi kecoh dan diperkatakan sehinggalah versi penuhnya dilancarkan di YouTube.

Ia secara langsung memberi reaksi pelbagai netizen. Malah, ada mempertikaikan tindakan bintang itu yang dikatakan cuma mengeksploitasi tubuh lelaki dalam klip video tebarunya itu.

Bagaimanapun, Shiha meminta agar peminat bertenang sebelum membuat pelbagai spekulasi.

IKLAN

“Sudahkah anda melihat muzik video Pipiyama? Rasanya ia hanya akan dilancarkan jam 8 malam tadi, jadi bagaimana anda membuat telahan bahawa muzik video itu mengeksploitasi tubuh lelaki dalam keadaan separa bogel sebelum ia dilancarkan?

“Saya mohon peminat dan umum menonton dulu muzik video itu sebelum membuat sebarang andaian,” pohon Shiha.

Jelasnya lagi, babak yang dimuat naik pada awal klip video sebenarnya bertujuan untuk menunjukkan perbezaan di antara lelaki bujang dan duda bersesuaian.

IKLAN

Bahkan, ia dirasakan sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu hasilan komposer dan penulis lirik dari Seberang, Atra Petrana itu.

“Lelaki bujang biasanya dikaitkan dengan fizikal dan rupa paras yang kacak. Sementara lelaki yang berkahwin atau berstatus duda pula, mungkin penampilan mereka kurang segak tetapi banyak wang, mungkin?

IKLAN

“Bagi saya ini adalah satu persepsi yang normal,” kongsi Shiha lagi yang tidak menolak andai dijodohkan dengan duda asalkan bukan suami orang.

Terdahulu, Shiha turut mencipta nama di Indonesia sejurus diangkat sebagai pemenang tempat ketiga program D’Academy Asia, lebih tiga tahun lalu.

Sehingga kini, single genre dangdutnya itu telah pun mendapat hampir 5,000 kali tontonan.

Foto: Instagram Shiha Zikir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI