Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin ada memuat naik satu rakaman video.
Menerusi rakaman video tersebut, telah memaparkan gelagat anak Zarina bernama Azil sedang menikmati sarapan pagi.
“Abang azil hari n lewat bangun.. Baru breakdast roti telur #azalazil #autism #autismawernes,” tulisnya.
View this post on InstagramAbang azil hari n lewat bangun.. 😀 Baru breakdast roti telur #azalazil #autism #autismawernes
A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Lantas, perkongsian pelakon berusia 45 tahun itu mendapat pujian peminat.
Untuk rekod, Zarina memiliki sepasang anak kembar yang menghidap penyakit autisme bernama Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.
Video : Instagram Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Baru Belajar, Kalau Sumbang & Salah, Maafkan…,” – Merdunya Alunan Qasidah Tokti!
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi satu potongan video pendek yang merakamkan aksinya yang mengalunkan qasidah.
Berkongsi rakaman tersebut di Instagram, penyanyi Anta Permana ini turut akui masih baru belajar dan memohon maaf andai ia kedengaran sumbang atau ada kesilapan dalam alunannya itu.
“Alhamdullillah…suka saya dapat bersama di majlis Maulud.. Saya baru belajar , kalau sumbang & salah ,maafkan saya.. Qasidah Qamarun kesukaan saya,” tulisnya.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji alunan merdu dari Siti. Malah ada di antara mereka yang tidak puas mendengar alunan tersebut kerana ia dirakam pendek.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Wow Sangat Kreatif…,” – Fesyen Aksesori Hijab, Penampilan Unik Mas Idayu Semalam ‘Pancing’ Perhatian Ramai!
Penampilan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu sebagai Juri Pedas rancangan realiti nyanyian Big Stage 2022 musim keempat yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ‘memancing’ perhatian.
Ini kerana, penampilan bintang yang sinonim dengan lagu Cintaku 100% itu dilihat tampil eksentrik menerusi persalinan kasual rona hitam lengkap aksesori.
Malah pin yang diolah sebagai aksesori fesyen hijabnya tampak unik dan kreatif, sekaligus menerima reaksi pelbagai peminat.
“Mmy cantikkk sngt2, vouge dan gorgeous My mlm ni,” puji seorang wargamaya.
“Wooww kreatifnya…,” tulis lagi seorang warganet.
“Mami paling vogue,” tulis seorang peminat yang lain.
“Berat tak mamy bawak atas kepala tu,” tanya seorang warmaya di ruangan komen entri berkenaan.
Sekadar informasi, Big Stage 2022 menyaksikan komposer terkenal Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan yang terdiri daripada selebriti pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.
Manakala, Mas Idayu telah diperkenalkan sebagai Juri Pedas
yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Datuk Seri Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mas Idayu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Liyana Jasmay Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun
Ibu kepada pelakon Liyana Jasmay iaitu Datin Habsah Simpon, 66, dilapor meninggal dunia pada kira-kira jam 8.30 pagi Jumaat di Hospital Kuala Lumpur akibat penyakit kanser limfoma.
Perkara itu disahkan oleh pengurus Liyana sendiri iaitu Nor Hazwani Jamil kepada pihak media.
Menurut Hazwani, Habsah baharu disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat sejak dua bulan lalu.
“Malam tadi (Khamis) ibu Liyana memang dalam keadaan agak teruk apabila tahap oksigennya semakin rendah.
“Pihak keluarga mengambil keputusan untuk Habsah ‘pergi’ dengan tenang dan pagi tadi Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir,” kata Hazwani.
Sementara itu menerusi InstaStory di laman Instagram miliknya, Liyana, 35, mendedikasikan luahan hatinya, mengenang pengorbanan serta jasa ibunya terhadap dirinya.
“Sepanjang kerjaya saya, hidup saya, masa yang ibu luangkan untuk saya.. tunggu saya sehingga habis shooting dan apa sahaja yang ibu lakukan untuk buat saya gembira.
“Tak pernah saya tahu ada ibu yang teman anak study overseas berbulan-bulan, tinggalkan ayah dan ayah pun sanggup lepaskan ibu hanya untuk jaga saya.
“Saya sememangnya sangat bertuah dikurniakan ibu bapa yang sangat hebat. Disebabkan itu, ibu sangat istimewa bagi saya, my sayang cantik mama,” tulisnya.
Untuk info, bapa Liyana iaitu Allahyarham Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia pada 17 Disember 2021 akibat kanser paru-paru pada usia 68 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI