Siapa sahaja yang tidak mengenali si cilik comel, Lara Alana yang sentiasa berkongsi momen menghiburkan menerusi laman Instagram miliknya.
Menerusi posting terkini, permata hati kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya ada berkongsi satu video pendek ketika dia sedang menyanyi.
“Stole Mommy’s phone and recorded this… shhh.. don’t tell her okay? Btw, suara Lara boleh dibawak ketengah tak?,” itu ayat yang tertera menerusi ruangan kapsyen.
Lalu, perkongsian berkenaan ternyata mencuit hati pengguna media sosial dan ada di antara mereka yang meninggalkan komen secara berseloroh.
Rata-rata peminat berasa terhibur apabila menonton gelagat Lara yang menghiburkan.
Untuk rekod, Lara dilahirkan pada 22 Julai 2014 di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, lebih dua tahun selepas ibu bapanya mendirikan rumah tangga.
Video : Instagram Lara Alana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syamsul Yusof Enggan Campur Urusan Adi Putra Dengan Penerbit; “Saya Pergi Ke Indonesia Demi Yayan Ruhian.”
Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof mengakui enggan masuk campur dalam konflik yang melanda di antara aktor Datuk Adi Putra dengan penerbit filem tersebut, Studio Kembara.
Menurut Syamsul, 38, dia sebaliknya lebih memberikan fokus terhadap filem Mat Kilau yang bakal menjengah 200 pawagam di Indonesia bermula 31 Ogos ini.
“Saya tak nak bergaduh. Kenyataan saya ialah saya pergi Indonesia kerana demi abang Yayan Ruhian sebabnya saya amat menghargai kesungguhannya terhadap filem ini.
“Tengoklah berapa kali dia datang Kuala Lumpur demi Mat Kilau. Dia sendiri yang mesej saya beritahu Indonesia menanti saya.
“Bukan saja Adi Putra, malah saya juga terkejut apabila Johan As’ari tidak ke Indonesia sedangkan hubungannya dengan kakitangan penerbit sangat akrab. Tak tahulah saya,” kata Syamsul.
Syamsul akan terbang ke Indonesia pada Khamis bagi tujuan promosi naskhah tersebut kepada penonton di negara jiran.
“Saya akan ke sana pada Khamis manakala pratonton akan diadakan pada Jumaat. Saya akan pulang ke Malaysia semula pada Sabtu.
“Bukan mudah sebenarnya nak masuk ke sana. Saya nak guna kesempatan ini dengan berjumpa pengarah dan penerbit di sana.
“Mereka pun pelik macam mana Mat Kilau boleh meledak sebegini hebat di Malaysia,” katanya lagi.
Sebelum ini, pelakon utama Mat Kilau, Adi melahirkan perasaan terkilan di atas terhadap pihak penerbit gara-gara tidak menjawab panggilan yang dibuat olehnya sehingga menyebabkan pelakon kelahiran Singapura itu mengambil keputusan enggan terlibat dalam sebarang aktiviti promosi di Indonesia.
Walaupun sudah beberapa kali dihubungi wakil penerbit, namun Adi tetap dengan keputusannya itu.
Selain Adi, Johan yang membawakan watak Yasin juga tidak akan ke Indonesia selepas pihak penerbit didakwa telah menggugurkan namanya dalam aktiviti promosi di sana.
Johan menjelaskan sebelum ini dia tidak pernah memberitahu enggan menyertai promosi ke sana sebaliknya menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Adi, dia hanya menyatakan rasa berat hati sekiranya Adi tidak mahu ikut serta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nampak Macam Happy Hakikat Sebenar Hanya…,” – Linda Rafar
Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar telah memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang itu berkongsi momen ketika menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga.
Dalam pada itu, anggota kumpulan ini turut meluahkan rasa sedih apabila menyambut Aidilfitri tanpa arwah ibu, ayah serta anaknya, Rezaimen Kiflin Kifli yang telah pergi buat selamanya.
“Sedih bila raya tanpa mak, abah n arwah memen. Nampak mcm linda happy hakikat sebenar hanya allah sahaja yg mengetahui.
“#raya2020 #rafarfamily #thesyedaimans @zainita04 @asilah_rafar @lizarafar @dianarafar @abyzarina @syedaiman75 @zamarulhisham93 @roza.dania @ariffshukry …,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by LRHIJAB FOUNDER (@lindarafar) on
Di samping itu, peminat turut menitipkan kata-kata semangat buat Linda supaya terus tabah dan cekal dalam dugaan kehidupan.
Malah ada yang turut sedekahkan bacaan al-Fatihah buat yang telah tiada.
Terdahulu, Ibu Linda telah pulang ke rahmatullah selepas mengalami beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman dalam darah selepas terkena gigitan serangga 11 Januari 2019.
Sebelum itu, anak kedua Linda telah meninggal dunia ketika berusia 12 tahun pada 6 Julai 2014 akibat penyakit kanser perut.
Video: Instagram Linda Rafar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rindu 2,500 Peminat Terubat, Noah Janji ‘Turun’ KL Lagi Tahun Hadapan!
Kerinduan kira-kira 2,500 peminat setia Noah akhirnya terubat apabila band dari Indonesia itu memperdendangkan hampir 20 buah lagu hit mereka menerusi Konsert Noah Live in KL yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Memulakan persembahan tepat jam 8.45 malam, Noah yang dianggotai Ariel selaku vokalis, Lukman (gitaris) dan David (keyboardist) menggamatkan pentas dengan lagu pembukaan, Separuh Aku yang di ‘sing along’ bersama-sama peminat setia mereka.
Berbekalkan pengalaman lebih 22 tahun dalam industri muzik, Ariel dilihat cukup bijak bergerak menggunakan keseluruhan pentas agar energi yang diberikan setara buat semua peminat yang hadir.
Noah telah mempersembahkan hampir 20 buah lagu termasuk lagu-lagu hit dari awal penubuhan band tersebut sekitar sedekad yang lalu seperti Menghapus Jejakmu, Yang Terdalam, Bintang Di Surga, Mungkin Nanti, Ku Katakan Dengan Indah, Ada Apa Denganmu dan lain-lain.
Persembahan Noah turut diiringi tiga pemuzik profesional pada malam tersebut.
Teruja dengan sambutan hangat peminat di Malaysia, Ariel berkata kumpulan itu sudah mempunyai perancangan untuk kembali ke KL untuk satu lagi konsert berskala besar pada tahun hadapan.
“Sambutannya cukup luar biasa, terima kasih buat semua peminat yang telah menyokong Noah sejak dari dahulu lagi.
“Kali terakhir kami perform di sini pada lima tahun lalu dan ternyata energi dan sambutan peminat tetap sama macam dulu.
“Dan kami berjanji akan kembali ke sini lagi tahun hadapan untuk membawakan lagu-lagu dalam album baharu Noah nanti,” kata Ariel teruja.
Menariknya, konsert Noah membawakan kelainan apabila peminat diberikan ‘concert kit’ yang mengandungi LED wrist-band atau gelang tangan led sebelum memasuki dewan konsert, dan apabila pembeli mengenakannya, lampu led di gelang tangan akan menyala mengikut ritma tempo muzik yang dibawakan ketika konsert berlangsung.
Noah Live In KL dibawakan penganjur, YOLO Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI