Siapa sahaja yang tidak mengenali si cilik comel, Lara Alana yang sentiasa berkongsi momen menghiburkan menerusi laman Instagram miliknya.
Menerusi posting terkini, permata hati kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya ada berkongsi satu video pendek ketika dia sedang menyanyi.
“Stole Mommy’s phone and recorded this… shhh.. don’t tell her okay? Btw, suara Lara boleh dibawak ketengah tak?,” itu ayat yang tertera menerusi ruangan kapsyen.
Lalu, perkongsian berkenaan ternyata mencuit hati pengguna media sosial dan ada di antara mereka yang meninggalkan komen secara berseloroh.
Rata-rata peminat berasa terhibur apabila menonton gelagat Lara yang menghiburkan.
Untuk rekod, Lara dilahirkan pada 22 Julai 2014 di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, lebih dua tahun selepas ibu bapanya mendirikan rumah tangga.
Video : Instagram Lara Alana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pernah Lagi Cuti Berdua,” – Ruhainies Perjelas Isu Cuti Sama, Jawab Sebab Tutup Wajah & Identiti Kekasih Hati
Pelbagai persepsi timbul apabila pelakon, Ruhainies sering berkongsi foto melancong ke luar negara bersama sang kekasih.
Sedar akan prasangka netizen, dia mengakui sukar untuk mengelak daripada kecaman, lebih-lebih lagi apabila berkongsi foto berdua dengan si dia.
Namun tegas Ruhainies, dia tidak pernah sekalipun dia bercuti berdua. Sebaliknya, setiap percutian pasti akan ditemani ahli keluarga lainnya.
“Setakat ini tak pernah lagi cuti berdua dengan dia. Semua dengan keluarga atau saya akan bawa ibu atau dia bawa mak dia.
“Cumanya, kalau di sini, adalah kami keluar berdua,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pelakon Jejak Karmilla ini juga tidak boleh menolak persepsi orang di luar sana.
“Takut orang salah sangka. Tapi memang kita tak boleh nak elak semua itu.
“Sebab itu saya akan kongsi gambar dengan keluarga supaya orang tak fikir bukan-bukan,” jelasnya lagi.
Ditanya mengenai sampai bila dia mahu ‘menutup’ wajah dan identiti si dia dari pengetahuan umum, Ruhainies punya jawapan sendiri.
“Bila dah jadi hak milik, saya akan tunjuk siapa dia. Saya tak tunjuk sebab tak mahu mulut-mulut jahat berkata-kata “ala bukan elok sangat pun kekasih dia”.
“Jadi lebih baik tutup jadi orang tak tahu siapa dia.
“Kalau dah kahwin nanti, misalnya orang nak cakap buruk juga, kita tak boleh nak cakap apalah. Mulut orang tak boleh tutupkan? Tapi buat masa sekarang, biarlah begitu,” akhirinya.
Terdahulu, Ruhainies ditemui pada majlis Sidang Media & Tayang Perdana Program Raya Astro 2019 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Mengambil kempen ‘Sempurna Seadanya’ bagi Aidilfitiri tahun ini, Astro cuba menawarkan variasi program istimewa di semua platfrom merangkumi rancangan hiburan televisyen, radio, sukan, kandungan premium & digital dan banyak lagi.
Antara program menarik yang bakal disajikan sepanjang musim perayaan nanti termasuklah Hantu Kak Limah, Polis Evo 2, Dukun, Gegar Vaganza Raya Muzika dan banyak lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doakan Mak Saya Sihat,” – Ibu Hairul Azreen Diserang Strok, Mohon Dititipkan Doa
Pelakon, Hairul Azreen ada berkongsi berita duka bersama pengikutnya di akaun Instagram.
Hairul memaklumkan ibunya, Habsah Desa sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta akibat terkena penyakit strok.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata memohon peminat mendoakan agar ibunya kembali sihat seperti sedia kala.
“Mak saya kena stroke, tekanan darah tinggi, doa mak saya sihat
“Lepak berdua dgn mak kat sepital @habsahdesa,” tulisnya.
Sekadar informasi, Hairul atau nama penuhnya telah dilahirkan pada 23 April 1988
Hairul telah memulakan karier seni lakonan seawal usia 20 tahun, sekitar pada tahun 2008.
Foto: Instagram Hairul Azreen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apa Komen Atau Dakwaan Yang Paling Terkesan, Masih Ingat Hingga Kini? Ini Jawab Neelofa…
Bukan mudah untuk menjadi seorang yang bernama Neelofa. Sebutlah apa sahaja mengenainya pasti akan ada cerita yang menjadi bualan ramai. Dari segi penampilan sehinggalah kisah peribadinya, setiap inci menjadi perhatian yang sekali gus mencetuskan sensasi.
Lalu atas faktor kematangan dan keupayaannya dalam menghadapi pahit manis dunia showbiz, ia seakan memberi kekuatan buat pemenang Dewi Remaja 2009/10 ini dalam mengendalikan apa sahaja situasi berkaitan dengan diri.
Bagaimanapun hakikatnya, Neelofa juga manusia bahasa yang punya hati dan perasaan.
Ditanya mengenai apakah kritikan atau dakwaan yang paling terkesan sehingga ke hari ini, figura kelahiran Kelantan ini memberitahu ketika di awal penglibatan dalam dunia seni, ada pihak yang mendakwa serta menulis berkaitan dengan dirinya yang dikatakan mempunyai masalah mental.
View this post on InstagramA post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
“Jujurnya, bila ada yang ditulis mengatakan saya ada sakit mental. Apa yang diperkatakan pada saya was so bad dan menyentuh macam-macam isu. Waktu itu pun netizen mulai beri komen di Twitter. Teruk jugalah,” kongsinya kepada MH.
Ditanya apakah reaksinya berhubung kisah sensasi yang melanda dirinya ketika itu, usahawan berkenaan mengakui rasa fobia dan takut.
“Macam-macam…Saya fobia untuk baca untuk baca akhbar, saya menangis, takut nak keluar. Malah saya rasa dibenci setiap masa. Misalnya rasa kalau pergi majlis rasa rakan media tak suka saya.
“Ketika itu rasa macam-macam perasaan ada,” jelas Lofa yang turut mengakui pada ketika itu dia tidak meluahkan kepada sesiapa, termasuk keluarga.
View this post on InstagramFeeling the oriental vibe in this #GucciCruise19 ensemble!
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
“Saya tidak bercerita dengan ibu atau orang sekeliling. Simpan untuk diri-sendiri sahaja ketika itu. Cuma sekarang ni kadang-kadang saja saya baca komen. Dan kalau baca pun saya tak ambil hati,” ujarnya.
Terdahulu, Lofa ditemui MH pada majlis makan tengahari di hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Rabu.
Foto: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI