[VIDEO] Sudah Dua Minggu Bergelar Isteri, Nadiyah Shahab Kini Rajin Ke Dapur ‘Penuhkan’ Perut Suami

Share

Kalau nak pikat suami, pikatlah perutnya dahulu. Itu antara kata-kata orang lama yang sering diberikan buat kebanyakan mereka yang baru sahaja berkahwin.

Situasi tersebut bagai kena dengan pengantin baru, pelakon Nadiyah Shahab yang baru sahaja dua minggu bergelar isteri.

Khabarnya, dia kini memang rajin ke dapur dan memasak untuk suami tercinta, pelakon Ben Ali.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Nadiyah, pastinya akan menyaksikan rutin harian Nadiyah yang sering memasak dan berkongsi video resepinya itu di Instagram Storiesnya.

Menggunakan #naddynibbles, pelakon berdarah kacukan itu juga gemar memasak western food (makanan barat) dan hidangan pencuci mulut seperti pastry, roti dan kek.

Untuk rekod, pasangan ini telah selamat mengadakan majlis persandingan yang cukup meriah pada 18 November lalu di Damansara Perdana.

Difahamkan, mereka merancang mahu berbulan madu di Itali dan Eropah. Bagaimanapun, mereka terlebih dahulu bercadang untuk menunaikan umrah pada bulan Disember ini.

Video : Instagram Stories Nadiyah Shahab

Published by
Amynur Akmal