“Saya rasa kamilah yang original.” Itulah reaksi yang diberikan oleh pemain gitar, Nordin ketika menjawab soalan wartawan mengenai kekeliruan para peminat terhadap kumpulan rock popular, Search yang kini berpecah kepada dua.
Menurut Nordin, dia dan Kid tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk keluar daripada kumpulan yang mula ditubuhkan pada tahun 1981 itu.
“Kami tak pernah pun buat kenyataan untuk keluar daripada kumpulan Search. Namun, terpulanglah kepada peminat. Itu pilihan masing-masing. Kami tak kisah dan okay sahaja.
“Sejak kebelakangan ini, saya pun jarang melayan apa yang berlaku di sosial media.Kami lebih memberikan tumpuan dalam studio,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, peminat juga bebas untuk menentukan mengenai pemilihan mereka terhadap kumpulan Search.
“Peminat berhak memilih untuk menonton konsert yang di ‘sana’ atau di sini. Kami hanya ingin ‘enjoy’ dan teruskan berkarya.
“Kami tiada niat pun untuk berlawan dengan sesiapa dan tiada tekanan juga buat kami. Kami hanya ingin habiskan konsert ini dan fokus ke perancangan seterusnya,” kongsinya lagi.
Nordin atau lebih mesra disapa Din berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Search Rocking On Rooftop yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.
Jelas seorang lagi pemain gitar, Kid pula, dia lebih selesa untuk tidak memberikan sebarang respon terhadap komen-komen negatif meskipun ada kalanya ia agak menyakitkan.
“Walaupun peminat Search kini terbahagi kepada dua, jadi, sekarang mereka ada dua pilihan. Boleh dengarkan yang lama dan baru.
“Soal bergaduh ini memang tidak timbul sama sekali. Kami juga tidak pernah memberikan sebarang komen terhadap apa yang telah dilontarkan kepada kami walaupun kata-kata tersebut agak menyinggung perasaan.
“Apa yang penting sekarang ini adalah untuk bersikap jujur dan matang. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan berpegang kepada pegangan saya. Kalau saya ikut apa yang orang lain buat, maka, tiada beza antara kami,” kongsinya.
Lantaran itu, dia berharap agar para peminat untuk tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia tidak memberikan sebarang bentuk kebaikkan.
“Jadi, saya mohon kepada peminat untuk tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikkan malah, akan membawa kepada kesan yang lebih buruk.
“Segala isu sebenarnya boleh diselesaikan menerusi perbincangan dalaman. Sebagai contoh, sekiranya ada masalah rumah tangga, takkan semua kita nak bagitahu di sosial media. Mesti kita bincang secara peribadi,” akhirinya.
Konsert Search Rocking On Rooftop bakal berlangsung pada 11 Jun ini di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.
Tiket juga sudah mula dijual menerusi laman web www.fenomenasearch.com bermula pada harga RM88, RM 198 dan RM289.
Konsert kali ini juga bakal menampil vokalis baru kumpulan Search yang juga merupakan penyanyi asal Indonesia, Denden Gonjalez.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Search
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi rap, Tuju mendedahkan nama anak sulungnya bersama Loca B, ketika ditemu bual secara langsung menerusi MeleTop, malam tadi.
Di dalam temu bual yang dilakukan secara virtual itu, bintang berkenan memberitahu dia dan isteri memilih nama Bintang Aiko buat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu.
Tuju antara lain turut berkongsi mengenai perkembangan terkininya yang melakukan inisiatif sendiri dengan melakukan kuarantin meski ujian swab yang dilalukannya baru-baru ini adalah negatif.
“Alhamdulillah, Loca B pun sekarang berpantang di rumah. Selama dua minggu ini tidak dapat bersama anak yang baru lahir.
“Nama baby saya Bintang Aiko,” jawab Tuju ketika ditanya Nabil sambil disambut dengan ucapan tahniah buat Tuju sekeluarga dari rakan hos, Uyaina Arshad.
Selain berkongsi mengenai perkata tersebut, Tuju antara lain turut memberitahu setakat menjalani tempoh kuarantin, dia banyak menghabiskan masa dengan menulis lagu.
Terdahulu pada Oktober lalu, Tuju yang juga anggota kumpulan K-Clique itu mengakui sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap Loca B.
Bagaimanapun, mereka memilih untuk tidak berkongsi perihal tarikh perkahwinan kerana lebih selesa untuk tidak bercakap mengenai hal peribadi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun dalam keadaan tidak sihat dan baru sahaja menjalani rawatan radioterapi baru-baru ini, namun penyanyi, Elyana masih boleh tersenyum dan kelihatan ceria.
Terbaru, Elyana ada berkongsi pengalamannya selepas menjalani rawatan menerusi Live Instagram di akaun media sosialnya itu.
“Selesai sahaja rawatan ini, mulut saya dipenuhi ulser dari bahagian dinding pipi sehinggalah ke tekak. Pada masa sama, saya susah nak makan dan minum,” katanya.
Jelas penyanyi berusia 31 tahun itu lagi, dia mengalami kesan sampingan disebabkan rawatan itu.
“Radioterapi itu sangat panas, jadi kulit saya terbakar, hitam, kusam dan rambut mulai gugur dan berminyak. Dinding pipi saya ni rasa macam ‘bergerigi’ dan macam pecah. Kebiasannya dinding pipi ni licin, tapi skrg saya rasa sangat berbeza,” katanya sambil menahan sakit.
Menerusi Live Instagramnya itu, Elyana mengenakan baju T-shirt putih dan memakai topi hitam untuk menutup bahagian rambut depannya (fringe) yang dianggap rimas.
Bagaimanapun, Elyana masih boleh tersenyum dan berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya. Semoga doa-doa ini jugalah kembali kepada anda, ada juga yang buat solat hajat, terima kasih banyak-banyak,” katanya terharu.
Video : Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...