Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz berkebolehan dalam apa jua bidang yang dilakukan seperti berlakon, mengacara, melawak dan menyanyi.
Terbaru, Zulin juga ada berkongsi tips kepada netizen khususnya golongan wanita untuk ‘mencairkan’ hati golongan lelaki.
“Tipu sunat.. Nah tips utk gadis2 tp jgn buat selalu x baik bahahhahahaha,” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Okay! Ni tips kpd perempuan yg nak bg alasan kat BF.. ni tips nak nagis.. Mulut kena macam ni (muncung)..
“I tak thu apa2 pun. Sumpah! I tak keluar pun dgn mamat tu.. You tuduh I kenapa,” kata Zulin sambil menagis keluar air mata.
Beberapa saat kemudian, Zulin kembali kepada watak asal, lantas dia terus gelak berdekah.
Lalu, netizen terhibur dengan video ‘emosi’ tersebut dan memberi komen yang pelbagai.
Aduhai! Memang terhibur sungguh dengan aksi Zulin ni,kan?
Video : IG Zulin Aziz