Bayi berusia 8 bulan, adik Umairah Jannah Abdul Muhaimin yang menghidap penyakit hydrocephalus atau lebihan cecair dalam otak, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada Rabu nyata menjadi berita yang dukacita buat kita semua.
Menerusi Instagram rasmi Buletin Utama, video sedutan pengkebumian jenazah Nur Umairah Jannah, yang mengidap penyakit kepala besar atau Hydrocephalus di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tersusun Kledang, Sungai Siput (U) selesai kira-kira jam 10.30 malam tadi, turut dikongsi.
Menerusi kapsyen, jenazah difahamkan telah dibawa dari Kuala Lumpur sebelum itu disolatkan di Masjid Al-Islah, Sungai Siput.
Bayi berkenaan meninggal dunia semasa menjalani pembedahan membuang lebihan cecair dalam kepala di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 2 petang.
Kisah bayi Jannah yang memerlukan bantuan mendapat perhatian pelbagai pihak antaranya, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Serentak dengan pemergiaan anak syurga itu, pengguna media sosial serta rakan selebriti tidak turut memberikan dedikasi dan sedekahkan al-Fatihah buat arwah.
Nur Umairah yang dilahirkan Oktober lalu, berada di bawah jagaan ibu saudaranya, Nurul Shafikah Zainuddin, 19, yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.
Penderitaan bayi perempuan itu mendapat perhatian ramai dan sebagai usaha merawatnya Nur Umairah dibawa ke hospital berkenaan 5 Julai lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Berita mengenai masalah kesihatan yang dialami Nur Umairah turut mendapat perhatian isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang turut meluangkan masa menziarahi Nur Umairah di wad pediatrik Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Isnin lalu.
Sumber/Foto: Buletin Utama/Harian Metro