Usahawan sensasi Nur Sajat yang baru-baru ini dimasukkan ke wad atas masalah kesihatan sudah pun dibenarkan pulang.
Menerusi Instagram, penyanyi Makhluk Penggoda itu ada berkongsi sepotong video berkenaan keadaan terkininya, beberapa jam lalu.
Terbaring di atas katil, Sajat turut ditemani anak-anak dan ibunya.
“Sudah okay sikit. Cuma kena rehat,” kata ibunya menerusi video tersebut.
Ketika ditanya pengurus apakah yang menyebabkan keadaan usahawan sedemikian, ibunya menjawab;
“Kita berubat saja…biasalah. Tak nak tuduh siapa-siapa,” katanya lagi.
Foto: Instagram Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Raissuddin Ziarahi Pusara Siti Sarah, Genap 40 Hari Arwah Pergi – “Mungkin Di Luar Nampak Kuat, Dalam Hati Siapa Tahu?”
Bapa kepada penyanyi, Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah menziarahi pusara anak tersayang bersempena 40 hari pemergiannya ke negeri abadi.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik isterinya, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra dengan sapaan Makder di Instagram, Raissudin reda dengan ketentuan dan meminta untuk sama-sama mendoakan arwah.
“Kasihnya bapa. Hari ini genap 40 hari. 40 hari yang tak mudah. Abah datang melawat pusara arwah Siti Sarah. Kasih seorang abah.
“Siapa sangka anak yang ditatang semenjak kecil, di iqamat selepas lahir, dibesarkan dgn dua tangan sendiri, dinikahkan dengan pilihan hati, membesar sehingga ada anak, pergi terlebih dahulu?
“Tak ada siapa yg mduga tetapi kita sbgai manusia x boleh melawan takdir, yang tersurat adalah ketentuan Allah. Mungkin di luar nampak kuat, dalam hati siapa yang tahu?
“Semuanya sudah ditentukan untuk mengajar hati menjadi redha. Yang tinggal hanyalah kenangan, yang boleh menghubungkan hanyalah doa.
“Sama-sama kita doakan agar arwah tenang di sana & rohnya dicucuri rahmat. Sama kita hadiahkan Al Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulis Makder.
Untuk rekod, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, pada 9 Ogos lalu.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, sebulan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Baik Tau Aniayai Orang,” – Seolah-Olah Tertipu Sama Peniaga ‘Online’, Fasha Sandha Luah Rasa Kesal
Pelakon, Fasha Sandha ada meluahkan rasa kesal terhadap peniaga dalam talian yang seolah-olah menipu pelanggan.
Kongsi Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, dia turut menjadi mangsa, baru-baru ini.
“Reality VS Expectation Memandang kan dah masuk third trimester, badan mula lenguh dan perlukan bantai ni.
“Hari ni baru terima maternity pillow yang dibeli mahai sungguh. Sungguh la kepam…teruk. Bad quality. Aduiiii. tak baik tau aniayai orang kan.
“Takpalah, …kita maafkan. Walaupun kita baru lepas nangis kesedihan. Dah la menunggu 3 minggu baru sampai.
“Sapa yang juai maternity pillow, atau ada idea untuk beli dari mana, pls DM me. thank You,” tulisnya menerusi salah satu posting di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Dalam perkembangan lain, Fasha yang kini hamil sudah memasuki fasa trimester ketiga kehamilan.
Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin bersama ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal, 7 dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Foto : Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adakah Kalau Kami Dekat dan Berbaik, Kami Akan Jadi Macam Lagu Stacy ‘Bergabung Meletop?’ – Rita Rudaini
Awal malam tadi pelakon Rita Rudaini ada memuat naik posting terbaru iaitu foto bekas suami, Mohamad Aidil Zafuan Radzak bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.
Menerusi ruangan kapsyen foto berkenaan, Rita ada memaklumkan ada pihak yang bagaikan tidak senang andai dia berbaik semua dengan bekas suami demi anak-anak.
“Ada manusia yang tidak senang dan goyang kalau kami berbaik, walaupun demi anak-anak. Gigihla cuba nak lagakan kami. Anak-anak kami jadi mangsa. KEJI dan JIJIK. AIDIL dan RITA ni jangan bagi dekat, jangan jadi baik. Nape ek? Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami akan jadi macam lagu Stacy ‘bergabung meletop?’
“Rancanglah macam mana pun, buatlah macam mana pun, biar pun beribu tahun sisturr okay je. Sebab sisturr percaya, satu hari nanti TUHAN akan bisikkan hanya yang BENAR pada Daddy ryanjuna,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #sislanjesupper #AIRIT.
Beberapa hari lalu menerusi laporan Harian Metro, Aidil ada memberitahu dirinya sedia bertemu dengan anak-anak dan perkhabaran itu disambut baik Rita kerana sebelum ini, dia tidak pernah berniat untuk menghalang Aidil daripada bertemu kedua-dua anak lelakinya itu.
“Alhamdulillah jika benar dia mahu bertemu anak-anak. Selama ini saya tunggu saja dia datang berjumpa Rayyan dan Arjuna. Sebagai ibu, saya tak pernah ada niat nak halang dia.
“Sebulan sebelum dia berkahwin, dia ada berjumpa anak-anak. Ketika itu saya pesan, jangan putuskan hubungan dengan anak-anak walaupun sudah ada keluarga baru.
“Kalau pun tak boleh berjumpa, telefonlah setiap hari agar anak sentiasa ingat bapa mereka. Tiga bulan pertama selepas berkahwin, dia ada hubungi anak-anak. Ketika itu saya sangat gembira. Namun, selepas itu dia terus diam hingga sekarang,” katanya seperti yang dipetik.
View this post on InstagramA post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on
Foto: Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI